Kerja Kosong Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah sebuah kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menilai dasar dan arah untuk mencapai sasaran kesamarataan jantina, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang selari dengan komitmen kerajaan kepada penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita dan Deklarasi Beijing.
Wilayah Persekutuan RM1100 - RM2999Tutup permohonan: 13 Mac 2019 MOHON SEKARANG

Kerja Kosong Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 – Tarikh Tutup 13 Mac 2019

Kerja kosong kerajaan terbaharu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Mac 2019. Kerja kosong ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai :

1. Pegawai Pembangunan Masyarakat (Penyelia Talian Kasih 15999) S41

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 MAC 2019 (RABU)
LOKASI : PUTRAJAYA
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 – Tarikh Tutup 13 Mac 2019

Taraf : Kontrak
Kekosongan : Empat (4)
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Gred Jawatan : S41

Kelayakan Calon :

1)Syarat umum

i) warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii) mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2) Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3) Tugas dan tanggungjawab sebagai Penyelia di Talian Kasih KPWKM adalah seperti:

i) Memantau aduan/kes yang diajukan kepada Talian Kasih 15999 yang diterima oleh call agent sehingga selesai;
ii) Menyelaras penggiliran waktu bekerja call agent;
iii) Membantu call agent mengendalikan panggilan dengan cara yang berhemah;
iv) Mengetuai call agent di Pusat Panggilan Talian Kasih setiap kali pusingan peralihan waktu kerja;
v) Menyediakan laporan analisis data Talian Kasih secara teratur untuk dikemukakan kepada pengurusan tertinggi Kementerian;
vi) Mempunyai akses bagi menyemak sebarang status permohonan bantuan kad OKU dan kebajikan melalui sistem SMOKU dan SPBK;dan
vii) Memberikan pra-kauseling kepada pemanggil dalam kes-kes kecemasan sebelum kes dipanjangkan kepada agensi terbabit.

4) Calon yang memiliki kemahiran berbahasa Mandarin dan Tamil adalah satu kelebihan.

5) Pesara Kerajaan digalakkan memohon dan pesara yang berpengalaman berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah satu kelebihan.

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :-

Pegawai-pegawai yang diterima masuk ke perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-

i. Permohonan mestilah disertakan resume dan salinan dokumen serta sijil yang telah disahkan;
ii. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3)  bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
iv. Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat

kepada :-

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Pengurusan Perkhidmatan
Aras 34, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA
(up : Encik Mohd Alwi Bin Mohd Mustafa)

atau melalui email ke

Email : [email protected]

v. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 03-83231147 (Puan Nor Azlina Binti Othman) atau 03-83231125 (Puan Nursyahieda Binti Yusof)

vi. Tarikh tutup iklan pada : 13 Mac 2019 (RABU)

Lihat juga jawatan kosong Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 Disini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.