Kerja Kosong Majlis Daerah Tangkak (MD Tangkak)

Majlis Daerah TangkakMajlis Daerah Tangkak merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Tangkak, Johor Darul Ta'zim.
Johor Darul Ta'zim RM1100 - RM2999Tutup permohonan: 14 Mac 2019 MOHON SEKARANG

Kerja Kosong Di Majlis Daerah Tangkak (MD Tangkak) – 14 Mac 2019

Kerja kosong kerajaan terbaharu di Majlis Daerah Tangkak (MD Tangkak) Mac 2019. Kerja kosong ini terbuka kepada warganegara Malaysia (Diberi keutamaan kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Pemohon boleh memohon kekosongan jawatan kosong terbaharu di Majlis Daerah Tangkak (MDTangkak) sebagai:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
3. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
4. PEMBANTU AWAM H11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 MAC 2019
LOKASI PENEMPATAN : MD TANGKAK, JOHOR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak (MDTangkak) Mac 2019

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui laman web www.mdtangkak.gov.my atau di terus ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang, dan hari Khamis dari jam 08.00 pagi hingga 03.30 petang dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan.

ATAU sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan:-

i) Salinan sijil – sijil persekolahan yang telah disahkan
ii) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
iii) Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan
iv) Sijil Berhenti Sekolah
v) Gambar warna berukuran pasport.
vi) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan diposkan ke alamat :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
84900, TANGKAK, JOHOR.

3. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Bil. 18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

4. Hanya calon yang layak bagi jawatan – jawatan diatas selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Bagi pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianganggap permohonan tidak berjaya.

5. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.