Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah sebuah kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menilai dasar dan arah untuk mencapai sasaran kesamarataan jantina, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang selari dengan komitmen kerajaan kepada penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita dan Deklarasi Beijing.
Wilayah PersekutuanTutup permohonan: 13 Mac 2019 MOHON SEKARANG

Jawatan Kosong Terbaharu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 – Tarikh Tutup 13 Mac 2019.

Jawatan kosong ini terbuka untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong terbaharu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai :

1. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Call Agent Talian Kasih 15999) S29

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 MAC 2019
LOKASI : PUTRAJAYA
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 – Tarikh Tutup 13 Mac 2019

Taraf : Kontrak
Jumlah Kekosongan : Enam Belas (16)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred Jawatan : S29

Kelayakan Diperlukan :

1) Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut :

i) warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii) Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
v) Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

2) Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3) Tugas dan tanggungjawab Call Agent di Talian Kasih KPWKM adalah seperti:

i) Menjawab sebarang pertanyaan dan aduan yang diterima di Pusat Panggilan Talian Kasih 15999;
ii) Menyimpan rekod kes – kes yang dihantar dan maklumbalas yang diterima daripada agensi;
iii) Merekod aduan atau kes yang perlu disalurkan kepada agensi di bawah KPWKM;
iv) Memberi khidmat pra-kaunseling kepada pemanggil sekiranya perlu; dan
v) Membantu memberi informasi kepada pertanyaan.

4) Calon yang memiliki kemahiran berbahasa Mandarin dan Tamil adalah satu kelebihan.

5) Pesara Kerajaan digalakkan memohon dan pesara yang berpengalaman berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah satu kelebihan.

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :-

Pegawai-pegawai yang terpilih memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERKARA PENTING KEPADA PEMOHON :-

i. Permohonan mestilah mengepilkan resume serta salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan;
ii. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
iv. Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Pengurusan Perkhidmatan
Aras 34, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA
(up : Encik Mohd Alwi Bin Mohd Mustafa)

atau

melalui email ke Email : [email protected]

v. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 03-83231147 (Puan Nor Azlina Binti Othman) atau 03-83231125 (Puan Nursyahieda Binti Yusof)

vi. Tarikh tutup iklan pada : 13 Mac 2019 (RABU)

Lihat Juga Jawatan Kosong Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 Disini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.