KerjaKosong.Co » Isu Semasa » RASMI : Kerajaan Dengar Suara Rakyat, Bantuan i-Sinar & Moratorium Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul

RASMI : Kerajaan Dengar Suara Rakyat, Bantuan i-Sinar & Moratorium Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul

Ramai rakyat mengeluh kerana sistem pengeluaran iSinar hanya boleh dikeluarkan sehingga bulan Jun 2021 sahaja.

Bukan itu sahaja, bantuan moratorium yang diumumkan baru-baru ini pun tidak berapa memuaskan bagi sesetengah pihak kerana terdapat banyak syarat-syarat yang diperlukan.

Dalam Bantuan PKP 3.0, Perdana Menteri ada mengumumkan beberapa jenis bantuan, antaranya BPR Tambahan, GKP Tambahan & bantuan moratorium.

Anda boleh memohon bantuan-bantuan ini di Portal Rasmi yang telah ditetapkan.

tengku zafrul menteri

Bantuan i-Sinar & Moratorium Akan Diumum Dalam Masa Terdekat

Kerajaan mengambil maklum akan isu ini & sebentar tadi, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul telah membuat satu kenyataan dalam Facebooknya.

tengku zafrul isinar

Menurut beliau, “Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Status dari Facebook beliau mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat. Ramai yang setuju & teruja dengan pengumuman baik ini.

Beliau juga berkata keputusan tersebut dibuat hasil daripada  perbincangan bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan agensi-agensi yang berkenaan.

Bantuan BPR Tambahan

Pada masa yang sama, Bantuan BPR Tambahan RM500, RM300 & RM100 telahpun diagihkan kepada mereka yang layak dalam minggu ini.

Bantuan ini telah dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing secara berperingkat.

Maklumat Lanjut

Semoga dengan bantuan yang akan diumumkan tidak lama lagi ini, dapat memberi kelegaan kepada semua rakyat yang terkesan dengan LockDown ini.

Semoga semua mendapat manfaat.

Sumber : Facebook Tengku Zafrul

 

×