PEMULIH: Bantuan Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk B40, M40 & T20

MORATORIUM automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri bagi Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH.

Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Menurut Perdana Menteri, tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Sebaliknya, para peminjam cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan,” tambah beliau.

Tarikh Permohonan Moratorium Automatik

Permohonan moratorium automatik ini akan dibuka pada 7 Julai 2021.

Anda boleh rujuk kepada bank masing-masing bagi membuat permohonan ini.

1 thought on “PEMULIH: Bantuan Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk B40, M40 & T20”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×