Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Kekosongan di MPK telah membuka peluang jawatan kosong 2019 kepada warganegara Malaysia yang berminat dalam bidang ini serta berkelayakan.
JAWATAN YANG DITAWARKAN:
1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
4. PEMBANTU AWAM
5. PEMANDU KENDERAAN
Tarikh Tutup Permohonan: 15 Julai 2019
Lokasi: Perlis
Sektor : Kerajaan
Kelayakan Minimum: PMR / SPM / Diploma
Gaji: RM 1,218.00 – RM 5,753.00
CARA MOHON DAN MAKLUMAT PERMOHONAN:
1. Warganegara Malaysia yang memenuhi cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS – 12 – R1 yang boleh didapatkan dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dan semua permohonan jawatan perlu disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
* Kad Pengenalan ( depan dan belakang ),
* Sijil Kelahiran,
* Sijil Berhenti Sekolah,
* Sijil-sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),
* Sijil Kegiatan Luar (jika ada),
Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
3. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.
4. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan yang memohon dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumen-dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
* Surat Pengesahan Ketua Jabatan,
* Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini,
* Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini,
* Salinan surat kelulusan perisytiharan harta, dan
* Salinan penyata gaji yang terkini.
5. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
6. Permohonan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohanan iaitu pada 15 Julai 2019.
Maklumat Penuh Jawatan : Klik Disini
P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.
Lain-lain Jawatan Kosong:
1. Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Eksekutif
2. Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) – Pelbagai Jawatan
