Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) – Pelbagai Jawatan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai (MPKU). Kekosongan di MPKU telah membuka peluang jawatan kosong 2019 kepada warganegara Malaysia yang berminat dalam bidang ini serta berkelayakan.

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

JAWATAN YANG DITAWARKAN:

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Pembantu Penguatkuasa KP19
4. Pembantu Tadbir N19
5. Pembantu Awam H11
6. Pembantu Operasi N11

Tarikh Tutup Permohonan: 4 Julai 2019
Lokasi: Johor
Sektor : Kerajaan
Kelayakan Minimum: PMR / SPM / Diploma

CARA MOHON DAN MAKLUMAT PERMOHONAN:


1) Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi  dengan muat turun dari Laman Web Rasmi MPKU.

2) Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan & Sijil Berhenti Sekolah (setiap Salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh pegawai yang bertauliah).

3) Bagi kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web :- http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ dan dihantar bersama borang permohonan.

4) Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen diatas dan tidak mengikuti syarat/peraturan tidak akan dilayan.

5) Permohonan daripada pegawai- pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui ketua Jabatan mengikuti perintah AM Bab ‘A’ Bil.17 dibawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Tahun 2015 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi, Surat Kebenaran Permohonan dari Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidamatan yang dikemaskini disertakan  bersama-sama.

6) Permohonan hendaklah dihantar terus kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULAI
JALAN PEJABAT KERAJAAN
81000 KULAI,JOHOR
(SEKSYEN PERJAWATAN)

7) Pada atau sebelum jam 5:00 petang pada 4 julai 2019 dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat

Maklumat Penuh Jawatan : Klik Disini

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.

Lain-lain Jawatan Kosong:

1. Jawatan Kosong Perbadanan Muzium Negeri Kelantan – Kurator
2. Jawatan Kosong PTPTN – Eksekutif Pemasaran

Group Whatsapp Jawatan KosongLaz11 11 TEASING

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.