Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya. Kekosongan di MPSJ telah membuka peluang kerja kosong 2019 kepada warganegara Malaysia yang berminat dalam bidang ini serta berkelayakan.
JAWATAN YANG DITAWARKAN:
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
5. PEMBANTU TADBIR GRED N19
6. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19
7. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Tarikh Tutup Permohonan: 3 Julai 2019
Lokasi: Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelayakan Minimum: PMR / SPM / Diploma / Ijazah
CARA MOHON DAN MAKLUMAT PERMOHONAN:
1. Warganegara Malaysia yang memenuhi cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
2. Permohonan hendaklah dibuat secara online iaitu melalui PORTAL MPSJ : www.mpsj.gov.my.
3. Pihak MPSJ akan menghubungi calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan seperti berikut:-
* Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.
* Salinan Sijil-Sijil Persekolahan.
* Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
* Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).
4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
* Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
* Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
* Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Permohonan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohanan iaitu pada 3 Julai 2019.
Maklumat Penuh Jawatan : Klik Disini
P/S : Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.
Lain-lain Jawatan Kosong:
1. Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPK)
2. Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Eksekutif