KerjaKosong.Co » Isu Semasa » i-Sinar: Tarikh Bayaran Bulan April, Cara Semak Status Bayaran Masuk Bank

i-Sinar: Tarikh Bayaran Bulan April, Cara Semak Status Bayaran Masuk Bank

i-Sinar: Tarikh Bayaran Bulan April, Cara Semak Status Bayaran Masuk Bank

Permohonan baharu akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh berkenaan, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh.

Justeru, mungkin ramai yang tertanya-tanya, bila bayaran iSinar bulan kedua, ketiga dan seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, khususnya untuk bulan April ini.

Tidak seperti i-Lestari yang dijadualkan pembayarannya setiap bulan, penerima i-Sinar akan menerima bayaran mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.

Berikut adalah jawapan KWSP tentang tarikh bayaran bulanan i-Sinar KWSP yang akan akan diterima.

Tarikh Bayaran iSinar Bulan April & Selepas Membuat Pindaan Amaun

  • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari, dan bulan Mac dan April juga pada 6 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Selepas Membuat Pindaan

Ada yang dah lulus permohonan pindaan amaun I-Sinar?

Bagi yang dah buat pindaan, (contohnya, sebelum ni akaun dah expired sebab KWSP dah bayar habis dah jumlah yang dipohon).

Nanti bila buat pindaan, akaun kembali berstatus Active dan ada Recurring Date sampai July.

KWSP bayar semua amaun yang layak seperti yang dipinda baru-baru ni seperti dalam gambar di bawah.

Cara buat semakan di i-Akaun boleh rujuk seperti di bawah:

Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar April 2021

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar April dan bulan seterusnya, sila rujuk langkah di bawah:

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar
  6. Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

×