KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Akhlak Lelaki Dinilai Dari Cara Anda Layan Isteri – Ustaz Ebit Lew

Akhlak Lelaki Dinilai Dari Cara Anda Layan Isteri – Ustaz Ebit Lew

Akhlak Lelaki Dinilai Dari Cara Anda Layan Isteri - Ustaz Ebit Lew

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menghuraikan lelaki yang memiliki sifat terpuji adalah golongan yang bersifat baik terhadap isteri.

Sehubungan itu, Ebit berkata, amat penting bagi lelaki sebagai ketua keluarga, berbuat baik terhadap isteri, anak-anak dan ibu bapa, apatah lagi dalam situasi mencabar sekarang.

“Kemuncak akhlak adalah berbuat baik kepada isteri. Hendak tahu seseorang itu baik atau tidak, lihat bagaimana dia bercakap dan melayan isterinya… Itulah Islam yang sebenarnya.

“Bagaimana kita bercakap dengan isteri, itulah Islam. Bagaimana kita bercakap dengan emak, ayah dan anak-anak itulah juga Islam.

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, saat kita peluk keluarga kita, rahmat mencurah-curah terhadap kamu.

“Apabila sedang bersedih atau ada masalah, kita peluk isteri, anak atau emak dan ayah, rahmat mencurah-curah kepada kamu,” katanya.

“Ramai orang hidupnya kelam-kabut. Dia tidak ingat sebelum dia keluar rumah, dia memaki isterinya.

“Isterinya lemah tidak boleh menjawab. Disebabkan itu, doa yang dilihat oleh Allah adalah doa orang lemah.

“Isteri kuat mana pun kalau suaminya marah, dia akan menjadi lemah. Jadi, orang seperti ini tampak seperti tiada kuasa.

“Namun, orang seperti ini, kalau mendoakan untuk keluarga, ia akan jadi berkat.

“Orang yang sayang, hormat dan jaga kepercayaan serta menguruskan isterinya dengan baik, nanti Allah akan memberi rezeki mencurah-curah.

“Disebabkan itu, kalau suami dan isteri mahukan sesuatu yang sama, mereka akan cepat dapat kerana satu hati yang meminta,” katanya.

Sehubungan itu, Ebit tidak malu menunjukkan rasa kasihnya pada isterinya.

“Saya memang sengaja mahu tunjuk. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda siapa yang memberi contoh yang baik, akan beroleh pahala.

“Tak salah kalau suami yang memasak dan sapu rumah. Tidak jadi hina pun kalau suami pergi membuang sampah, memuji isteri kita dan sebagainya.

“Kadang-kadang orang anggap itu baik tapi itulah agama dalam diri kita.

“Hidup kita untuk reda Allah, alang-alang kahwin biarlah kita sampai bawa isteri kita ke syurga,” katanya.

×