Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!
58 kawasan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur dilaporkan bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula daripada esok 6 April 2021, jam 9 pagi sehingga 9 April 2021, jam 5 pagi.
Menerusi perkongsian Air Selangor di laman Twitter rasminya, gangguan bekalan air berjadual tersebut terpaksa dilakukan untuk kerja-kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang akan menyebabkan Henti tugas di Loji Rawatan Air Wangsa Maju dan Bukit Nanas.
Gangguan Bekalan Air Berjadual di 58 kawasan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur untuk kerja-kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates yang akan menyebabkan Henti tugas di Loji Rawatan Air Wangsa Maju dan Bukit Nanas.#AirSelangor pic.twitter.com/GR7NMgCSyP
ā Air Selangor (@air_selangor) April 5, 2021
Berikut merupakan senarai 58 kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur.
Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya dengan cermat.