Harga Kereta Axia

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Harga Kereta Axia | Adakah anda sedang mencari kereta baharu dan berminat untuk membeli Perodua Axia baru? Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai harga kereta Axia 2019 termasuklah berapa gaji minimum yang melayakkan anda mendapatkan pinjaman bank.

Menurut pakar kewangan, anda seharusnya membeli kereta yang harga keseluruhannya bersamaan jumlah gaji anda selama setahun. Sebagai contoh, jika gaji anda RM1,500 sebulan maka kereta yang berharga RM18,000 adalah yang sesuai untuk anda beli.

Jika kereta tersebut telah menjadi keperluan terutamanya kepada yang sudah berkahwin dan berkeluarga maka apa salahnya jika membeli kereta Axia atau proton X50.

Namun begitu, anda perlulah merancang terlebih dahulu bagi menampung kos ansuran secara bulanan termasuklah bagi memperbaharui roadtax serta insurans nanti.

ANSURAN BULANAN PERODUA AXIA BARU

Dibawah ini merupakan jadual lengkap bagi memudahkan anda menyediakan bajet jika berminat untuk membeli Perodua Axia.

VarianHarga (RM)Anggaran Ansuran Bulanan (RM)
‘0’ Down payment10% Down payment
Axia 1.0 Standard E – Manual22,990.00274.18246.76
Axia 1.0 Standard G – Manual32,590.00388.67349.80
Axia 1.0 Standard G – Auto34,390.00410.13369.12
Axia 1.0 SE – Manual35,590.00424.44382.00
Axia 1.0 SE – Auto37,490.00447.10402.39
Axia 1.0 Advance – Auto40,390.00481.69433.52

Namun begitu, harga kemungkinan akan berbeza bergantung kepada kadar faedah bank. Berdasarkan salesman, gaji minimum untuk anda membeli Axia adalah RM 1,800 dengan bayaran 10% deposit. Tapi kalau anda tidak mahu membayar downpayment, anda memerlukan penjamin.

Bagi yang bergaji RM2,000 dan keatas, anda boleh mendapatkan pinjaman penuh (full loan) tanpa penjamin.

PERODUA AXIA FACELIFT

Kini Perodua telah membuka tempahan bagi Perodua Axia 2019 versi facelift. Varian terbaharu ini menawarkan harga bermula dengan RM24,090 sehingga Axia AV pada harga RM43,190.

Dibawah ini disenaraikan perbezaan varian tersebut :-

Perodua Axia E 2019 (RM24,090)

  • Enjin: 1KR-VE VVT-i 1.0 liter tiga-silinder, 67 hp dan 91 Nm tork
  • Transmisi: Manual lima-kelajuan
  • Penggunaan minyak: 22.5 km/l
  • Rim: Keluli 14-inci

Perodua Axia G 2019 (RM33,490)

Ditambah:

  • ABS dan EBD
  • Dua pembesar suara di depan
  • Rim aloi 14-inci
  • Penggunaan minyak: 21.6 km/l

Perodua Axia GXtra 2019 (RM34,990)

Ditambah:

  • VSC dengan TRC
  • Cangkuk anti-ragut
  • Sensor bampar depan
  • Sensor undur
  • Ketinggian kerusi boleh laras
  • Cermin sisi elektrik (lipatan automatik)
  • Empat pembesar suara (dua di depan dan dua di belakang)

Perodua Axia SE 2019 (RM38,890)

Ditambah:

  • Filem penapis haba
  • Sistem tanpa kunci dan butang Push Start
  • Gril depan kemasan krom
  • Skirting depan
  • Skirting sisi

Perodua Axia Style 2019 (RM38,890)

Ditambah:

  • Bampar depan, belakang dan gril Style
  • Rim aloi 15-inci

Dikurangkan (berbanding SE/AV)

  • ASA 2.0
  • Filem penapis haba
  • Kamera undur
  • Skirting depan
  • Penggunaan minyak: 20.8 km/l

Perodua Axia AV 2019 (RM43,190)

Ditambah:

  • ASA 2.0
  • Kamera undur

HARGA KERETA AXIA 2019

harga kereta axia

Perodua Axia bagi varian manual bermula dari harga RM22,900 dengan ansuran bulanan sekitar RM 243 bagi tempoh pinjaman 9 tahun. Manakala bagi varian Axia G (AT) harga bermula dari RM34,390 dengan ansuran bulanan sekitar RM 364 bagi tempoh pinjaman selama 9 tahun. Bagi full spec Axia Advanced harganya adalah RM40,390 dengan bayaran RM427 sebulan selama 9 tahun pinjaman.

Anda boleh menggunakan Loan Calculator yang disediakan oleh pihak Perodua bagi membuat pengiraan jumlah pinjaman & ansuran bulanan kereta Axia.

perodua axia

 

Proses untuk membuat pembelian kereta ini tidaklah rumit, anda hanya perlu sediakan beberapa dokumen seperti penyata gaji/sijil SSM  serta penyata bank (bagi yang bekerja sendiri). Kemudian ejen akan uruskan mengenai pinjaman bank anda.

Setelah selesai semua urusan, anda hanya perlu turunkan tandatangan pada perjanjian pembiayaan serta boleh ambil kereta anda.

Jadi jika anda berminat untuk membeli kereta Axia, anda boleh terus ke mana – mana cawangan Perodua berhampiran untuk menempah.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari poertal rasmi Perodua.

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!