Kasih Ibu Smart Selangor : Bantuan RM200 Sebulan

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Kasih Ibu Smart Selangor | Tahukah anda mengenai kewujudan KISS atau Kasih Ibu Smart Selangor? Dimana program ini merupakan program kebajikan kepada ibu – ibu di Selangor dari kumpulan B40 yang berpendapatan kurang RM2000 sebulan.

Berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.

 

Program ini adalah bertujuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan RM2400 setahun atau RM200 sebulan untuk kegunaan pembelian barang keperluan asas rumah.

kasih-ibu-smart-selangor bantuan rm200 sebulan

Dengan wujudnya program ini juga, lebih daripada 30,000 ibu akan mendapat manfaat dengan membeli barang keperluan asas tanpa perlu membayar secara tunai (cashless) meggunakan kad KISS.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai KISS.

Cara Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor : Klik Di Bawah


Pendaftaran KISS akan dibuka mulai 13 Disember 2017. Namun pada masa sekarang, pendaftaran haruslah dibuat menggunakan borang pendafataran manual kerana pendaftaran secara atas talian (online) masih belum dibuka.

Anda boleh mendapatkan borang pendaftaran KISS dengan memuat turun di portal KISS di http://www.kiss.com.my/ atau boleh diambil di:

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya

kasih-ibu-smart-selangor img permohonan

Syarat kelayakan bagi permohonan program KISS adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Wanita yang berkeluarga sama ada berkahwin atau merupakan ibu tunggal serta mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

Kad KISS perlu diaktifkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Anda boleh mengaktifkan kad secara online atau secara SMS :-

1. Pengaktifan Online

  • Layari laman web rasmi KISS di www.kiss.com.my
  • Klik pada “Pengaktifan Kad”

2. Pengaktifan SMS

  • Taip WBC<jarak>ACT<jarak>No-Kad-KISS<jarak>No-CVV<jarak>Nama<jarak>Nombor Kad Pengenalan
  • Hantar ke 33555

CARA PENGGUNAAN KAD KISS

cara penggunaan kiss selangor

  • Pergi ke  kedai KISS Selangor / pasaraya yang berdaftar
  • Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli
  • Beri kad KISS kepada juruwang di kaunter pembayaran
  • Semak baki kad sebelum buat pembayaran
  • Juruwang akan merekod setiap barangan yang dipilih
  • Hanya barangan tersenarai di bawah layak menggunakan kad KISS
  • Peserta perlu menekan nombor pin
  • Resit yang dicetak akan memaparkan baki awal dan akhir kad KISS anda

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

senarai barang kiss selangor

  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  • Sabun, kelangkapan mandian dan bahan pencuci
  • Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  • Barangan persekolahan – pakaian seragam,kasut, beg, buku, alat tulis dan sebagainya

Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Untuk dapatkan panduan harga, anda boleh muat turun di sini.

KEMASKINI KISS 2019

Untuk makluman anda, sistem KISS akan dikemaskini semula bagi mengkaji senarai layak penerima dan proses ini akan dibuat selepas Aidilfitri iaitu
bermula 15 Jun sehingga 15 Julai 2019.

Jika anda layak menerima KISS, nama anda akan kekal tersenarai dan jika tidak, anda akan dikeluarkan daripada senarai. Kelayakan bagi KISS adalah berdasarkan BSH dan juga eKASIH. Ahli KISS diminta untuk mengemaskini maklumat anda sebelum 15 Jun.

Pertanyaan dan Info Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semak status KISS atau ingin daftar KISS, anda boleh terus menghubungi Selangor Care di

NO TELEFON : 03-5525 6600
NO FAKS : 03-5525 6900
Email : [email protected]

Channel Telegram info bantuan kerajaan

2 Comments

  1. Norliaida binti husin
  2. Lynn Lynn

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!