Cuti bersalin swasta

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Cuti bersalin swasta | Ini adalah berita baik buat pekerja swasta. Kementerian Sumber Manusia telah mempertimbangkan bagi meluluskan permohonan cuti bersalin pekerja swasta dari 60 hari kepada 90 hari. Bagi golongan bapa pula, mereka akan memperoleh cuti “paterniti” selama tiga hari.

Datuk Mahfuz Omar selaku Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia berkata draf pindaan Akta Kerja 1955 telah pun disiapkan dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat.

Kerjakosong.co akan kongsikan selanjutnya mengenai cuti bersalin swasta.

cuti bersalin swasta

AKTA KERJA 1955

Tahukah anda jika mengikut perundangan golongan suami/bapa di sektor swasta tidak layak memohon paternity leave berbanding sektor kerajaan pula golongan suami/bapa akan menikmati cuti paterniti bergaji selama tujuh hari serta kakitangan kerajaan negeri pulaakan diberikan cuti sehingga 14 hari.

Namun terdapat syarikat yang memberikan ehsan cuti paterniti 1-3 hari sahaja di sektor swasta.

Selain paternity leave, perkara lain yang dibincangkan dalam Akta Kerja 1955 termasuklah:

  • pekerja wanita yang bersalin ketika hamil 22 minggu layak untuk menerima cuti bersalin berbayar
  • jika majikan menamatkan perkhidmatan seseorang semasa cuti bersalin adalah menjadi satu kesalahan kecuali atas alasan penutupan syarikat
  • Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga 5 orang anak sahaja
  • tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula awal 30 hari sebelum bersalin atau lewat hari berikutnya selepas bersalin kecuali mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan
  • pekerja wanita yang enggan atau gagal untuk mendapatkan rawatan yang amat perlu ketika kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika cuti bersalin

CUTI BERSALIN SWASTA

Dibawah ini disenaraikan maklumat yang anda harus tahu tentang maternity leave dan faedah bersalin (maternity allowance). Sebelum ini cuti bersalin bergaji hanya sah untuk tempoh 60 hari berturut-turut (Seksyen 37 Akta Kerja 1955).

Antara yang dibincangkan dalam akta tersebut ialah:

  • Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, oleh itu, ia hanya sah terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
  • Cuti bersalin seseorang tidak boleh bermula lebih awal tempoh 30 hari daripada sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
  • Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
  • 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dan sebagainya.

Dalam Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan bahawa pekerja yang bergaji bulanan yang menerima gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalin. Ini bermakna jika anda dibayar gaji sepanjang tempoh cuti bersalin maka anda tidak berhak untuk menuntut elaun bersalin. Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja sahaja.

Syarat – syarat bagi mendapatkan kelayakkan elaun bersalin adalah :

  • Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih
  • Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
  • Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin

NOTIS CUTI BERSALIN

Mengikut undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan anda, anda mesti memberitahu majikan tentang kehamilan anda sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh bersalin.

Notis rasmi ini perlu dihantar ke majikan anda dan Jabatan Sumber Manusia tempat anda bekerja. Kegagalan anda memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak untuk menerima faedah cuti bersalin beserta elaun.

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!