Jawatan Kosong Tourism Malaysia

Tourism MalaysiaTourism Malaysia atau Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ( MTPB ) adalah agensi di bawah Kementerian Pelancongan , Malaysia . Tourism Malaysia, dahulunya dikenali sebagai "Perbadanan Pembangunan Pelancong Malaysia (TDC)", ditubuhkan pada 10 Ogos 1972. Ia kemudiannya di bawah bekas Kementerian Perdagangan dan Industri.
Putrajaya RM2,083.00Tutup permohonan: 14 Januari 2020

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Jawatan Kosong Tourism Malaysia. Portal kerja kosong membuka peluang pekerjaan di Tourism Malaysia yang kini dibuka untuk semua Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan Tourism Malaysia

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PENOLONG PENGARAH (GRED E41)
2. PENOLONG PENGARAH (GRED E41) – PENULIS (KONTRAK)

Tarikh Tutup : 14 Januari 2020
Minima Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM2,083.00 (Minimum)

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain syarat dan kelayakan serta bidang tugas untuk jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



(a) (i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati melalui link berikut; http://www3.tourism.gov.my/corporate/borang.pdf

(ii) Sila print dan lengkapkan maklumat. Borang yang telah lengkap maklumat hendaklah dikemukakan ke Unit Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan.

(iii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

(iv) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut :

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No.2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(U.P. Unit Pengurusan)

(b) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

(c) Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

(d) Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan jabatan/agensi Kerajaan perlu menghantar permohonan melalui ketua jabatan masing-masing mengikut Perintah Am, Bab ‘A’ iaitu mengemukakan salinan terkini Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga (3) tahun.

(e) Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pemohon boleh melayari laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Januari 2020 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang.

CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

(i) Puan Adibah Mohd Basri- 03-8891 8962

(ii) Cik Siti Salwah Othman- 03-8891 8908

(iii) Puan Nor’Azila Roselan- 03-8891 8963

** Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di sekitar Putrajaya? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Putrajaya kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Putrajaya.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!