Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!
Claim Pelepasan Cukai Anak Sekolah | Tahukah anda bahawa ibu bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM2000 bagi anak yang berusia enam tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra sekolah atau taman asuhan kanak – kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mungkin ramai ibu bapa tidak tahu mengenai pelepasan cukai ini.
Pelepasan cukai ini termasuk dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 Perenggan 44(6)(1)(r) di bawah Pelepasan Cukai Individu yang menyatakan ‘‘Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah”.
Kerjakosong.co akan kongsikan dengan anda senarai pusat asuhan dan pra-sekolah berdaftar yang anda boleh hantar anak anda dan seterusnya mendapatkan pelepasan cukai pendapatan.
SEMAK SENARAI TASKA/PRA-SEKOLAH YANG BERDAFTAR
Sebelum anda layak untuk membuat tuntutan sebanyak RM2000, anda perlu menyemak terlebih dahulu status pendaftaran pra sekolah atau pusat asuhan anak – anak anda. Dibawah ini dikongsikan langkah – langkah untuk membuat semakan taska anak anda samada berdaftar atau pun tidak.
1. Melalui Jabatan Kebajikan Malaysia
- Layari laman web Jabatan Kebajikan Malaysia
- Klik pada bahagian perkhidmatan kanak – kanak serta pilih Senarai Taska Berdaftar bagi menyemak senarai taska yang berdaftar.
- Jika taska anak anda berada dalam senarai tersebut, maka anda layak bagi memperoleh pelepasan cukai tersebut.
2. Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia E-Prasekolah
- Layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia E-Prasekolah.
- Anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman web ini. Setelah selesai mendaftar, anda boleh membuat semakan senarai pra sekolah yang berdaftar.
Daftarkan Anak Di Taska Dan Prasekolah Yang Berdaftar Sahaja
Kepada ibu bapa yang masih belum membuka mata berkenaan hal ini, ia sangat penting untuk ibu bapa bagi mendaftarkan anak di taska yang berdaftar dibawah KPM sahaja. Hal ini adalah bagi memastikan tahap keselamatan serta tahap pendidikan taska tersebut adalah lebih terjamin mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308].
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]
Tujuan penggubalan adalah bagi mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas Taska dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan,keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.
Menurut Akta 308 Seksyen 2, definisi taman asuhan kanak-kanak adalah mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.
Definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar
Taman asuhan kanak-kanak berdaftar bermaksud suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.
Di bawah Seksyen 6(1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan-peruntukan Akta ini. Di bawah Seksyen 6(2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
KATEGORI TASKA
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori Taska seperti berikut:
Taska Di Institusi
- Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
- Ditubuhkan diatas inisiatif Badan Bukan Kerajaan dan pihak swasta
Taska Di Tempat Kerja
- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
- Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
Taska Komuniti
- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
- Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
Taska Di Rumah
- Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
- Dijalankan di kediaman sendiri
Ibu bapa perlu memastikan anda menyimpan resit pendaftaran anak ke pra sekolah atau pusat asuhan yang berdaftar bagi membolehkan membolehkan anda mmebuat tuntuan RM2,000 sebagai pelepasan cukai.
SENARAI PELEPASAN CUKAI YANG BOLEH DI TUNTUT DALAM PENGIRAAN CUKAI
Bagi mendapatkan maklumat lanjut layari portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)