KerjaKosong.Co » Lain-Lain » Cara Daftar Pekerja Di JobsMalaysia

Cara Daftar Pekerja Di JobsMalaysia

Cara Daftar Pekerja Di JobsMalaysia | Pernahkah anda mendaftar sebagai pengguna portal JobsMalaysia? Portal JobsMalaysia merupakan satu sistem untuk anda mencari pekerjaan yang sesuai dengan anda secara atas talian (online) yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KSM) secara percuma. Dengan wujudnya sistem yang menjadi pusat sehenti maklumat pasaran buruh ini dapat memberi kemudahan kepada pencari kerja bagi mendapatkan kerja yang sesuai. Majikan pula boleh mengiklankan jawatan bagi mendapatkan pekerjaan mengikut keinginan syarikat.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda panduan untuk mendaftar sebagai pencari kerja di JobsMalaysia.

Cara Mendaftar di JobsMalaysia

Dibawah ini merupakan langkah-langkah untuk register di JobsMalaysia:

1. Layari portal jobsmalaysia.gov.my

Cara Daftar Pekerja Di JobsMalaysia img 1

2. Klik anak panah pada tab “Pencari Kerja”

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) serta maklumat yang diminta.

Cara Daftar Pekerja Di JobsMalaysia img 2

4. Klik “Daftar”.

5. Lengkapkan Pendaftaran Pencari Kerja – Profil Am Pemohon.

6. Pada akhir halaman ini. sila pilih Tahap Pendidikan serta Sektor Pekerjaan. Tahap Pendidikan akan menentukan bilangan bagi pilihan Sektor Pekerjaan yang anda boleh mohon. Sekurang – kurangnya terdapat satu pilihan diperlukan :

a)  Agensi kerajaan (selain SPA)
b) Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam (SPA).
c) Suruhan Jaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
d) Angkatan Tentera Malaysia
e) Sektor Swasta

7. Setelah selesai mengisi maklumat dikehendaki di dalam setiap halaman, tekan butang <Berikut> untuk ke halaman berikutnya.

8. Lengkapkan maklumat Pendaftaran Pencari Kerja – Jawatan Dipohon. Anda perlu mengisi maklumat untuk setiap Sektor Pekerjaan yang telah anda pilih -satu halaman untuk setiap sektor.

9. Lengkapkan Maklumat Terperinci, Maklumat Fizikal, Maklumat Akademik, Pengalaman Kerja, Maklumat Ko-Kurikulum dan Maklumat Tambahan.

10. Seterusnya baca Pengakuan Pemohon. dan tandakan pada kotak “Saya Setuju”.

11. Akhir sekali pada halaman Pendaftaran Pencari Kerja – Selesai dipaparkan, ini menandakan bahawa pendaftaran anda telah selesai. Skrin akan memaparkan semula maklumat Login ID pencari kerja bersama Nombor Pin.

Pada halaman ini juga, anda boleh memuat naik sijil yang anda ada dengan menekan butang <Muatnaik Sijil>.

Semoga dengan panduan ini dapat memudahkan anda yang sedang mencari kerja untuk mengisi jawatan kosong yang diiklan di portal rasmi ini.

 

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×