Portal Rasmi » Cara Dapatkan No Pin LHDN Online

Cara Dapatkan No Pin LHDN Online

Cara Dapatkan No Pin LHDN Online | Kita semua sedia maklum dimana selain kumpulan B40, kumpulan M40 juga menerima manfaat daripada kerajaan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Hal ini demikian kerana, kebanyakkan daripada kumpulan M40 ini juga banyak terjejas dari segi pendapatan disebabkan mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan sehingga 14 April.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai kaedah bayaran BPN M40 serta cara dapatkan no pin LHDN Online bagi rujukan anda semua.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Kepada M40

Bagi golongan M40 iaitu berpendapatan RM4,001 hingga RM8000, hampir 1.1 juta isi rumah akan menerima wang sebanyak RM1,000 untuk BPN. Bayaran bantuan akan dibayar dalam dua fasa iaitu RM500 pada akhir bulan April manakala RM500 pada bulan Mei 2020.

Bagi individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dalam kategori M40 iaitu berpendapatan RM2,000 dan ke atas akan dibantu sebanyak RM500 melalui skim ini. Bantuan akan dibayar dalam dua fasa juga iaitu RM250 pada akhir bulan April manakala selebihnya RM250 pada bulan Mei 2020.

KAEDAH BAYARAN BPN M40

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  • Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BARU MELALUI LAMAN LHDN

Jika anda belum mendaftar bagi permohonan baru, anda boleh mendaftar secara atas talian sahaja di laman web rasmi LHDNM mulai 1 April. Dibawah ini adalah panduan bagi login ke ezHasil bagi mereka yang belum pernah mendaftar dan pertama kali menggunakan sistem e-Filling secara atas talian beserta cara memohon Nombor Pin bagi Login Kali Pertama.

Cara Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan Secara Online

  • Layari ke laman web edaftar.hasil.gov.my
  • Sebelum mengisi borang dalam laman ini, semak terlebih dahulu sama ada pernah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum.
  • Jika anda pernah ada nombor cukai, abaikan step pendaftaran. Terus langkau ke step memohon nombor pin e-filing.
  • Bsgi menyemak sama ada sudah mendaftar nombor cukai atau belum, boleh layari ke pautan e-Daftar Hasil. Jika tiada rekod, boleh ke step seterusnya.
  • Layari ke pautan daftarindividu.hasil untuk mengisi borang pendaftaran nombor cukai pendapatan. Mana-mana bahagian yang bertanda (*) adalah wajib untuk diisi.
  • Jika anda mempunyai perniagaan ataupun komisen income, wajib klik pada bahagian “Maklumat Perniagaan-Jika Ada (Sila Klik)”. Sekiranya tiada, anda boleh abaikan bahagian tersebut.
  • Setelah lengkap mengisi borang itu, semak semula maklumat yang diisi dikhuatiri tertinggal sebarang maklumat atau berlakunya salah isi.
  • Setelah selesai, klik hantar atau submit.
  • Selepas submit, nombor cukai dan lokasi cawangan file cukai akan diberi. Simpan maklumat ini sebaik mungkin kerana ianya akan digunakan setiap kali adanya urusan percukaian.

Cara Dapatkan No Pin LHDN Online img 1

Cara Memohon Nombor Pin e-FIling Secara Online

Jika anda ingin melakukan submission borang cukai pendapatan secara atas talian, anda perlu mempunyai pin e-filling terlebih dahulu sebelum anda dapat mengakses ke laman tersebut. Dibawah ini akan dikongsikan cara memohon nombor pin e-Filling secara atas talian.

Cara Dapatkan No Pin LHDN Online img 2

  • Jika anda mengakses menggunakan PC, anda boleh memuat turun PDF tersebut. Manakala jika anda menggunakan telefon bimbit, anda boleh “save as image” dan kemudian crop pada borang tersebut sahaja.
  • Buat yang menggunakan PC namun tiada printer di rumah, hanya perlu insert text pada PDF tersebut dan isi borang mengikut semua maklumat yang diperlukan. Buat yang menggunakan telefon bimbit pula, edit photo lalu insert text.
  • Langkah terakhir ialah menandatangani borang itu. Jika menggunakan PC dan tiada printer, apa yang boleh dilakukan ialah menghantar PDF ke telefon bimbit, kemudian screenshot, edit photo, pilih tool pencil, dan tandatangan. Kalau menggunakan telefon bimbit dari awal, boleh edit photo, pilih tool pencil, dan tandatangan.
  • Jika ingin submit menggunakan PC, perlu hantar semula file dari telefon bimbit tadi ke PC untuk dimuat naik pada website.
  • Klik Seterusnya untuk mengisi borang maklum balas bagi permohonan nombor pin atau boleh terus ke link SINI.

Cara Dapatkan No Pin LHDN Online img 3

  • Lengkapkan borang.
  • Subjek letak “Mohon Nombor Pin”.
  • Pilih TIDAK pada kolum ‘Borang CP600B dilampirkan’.
  • Muat naik atau upload borang CP55D yang telah diisi sebentar tadi.
  • Lampirkan bersama salinan pengenalan diri.
  • Pada bahagian Butiran sila isi, “Dilampirkan Borang CP55D dan salinan pengenalan diri untuk rujukan selanjutnya.”
  • Klik submit. Selepas submit, anda akan menerima maklumat rujukan seperti gambar di bawah. Sila simpan sebagai rujukan untuk menyemak maklum balas dari LHDN berkenaan nombor pin yang telah dipohon.

Cara Dapatkan No Pin LHDN Online img 4

Bagi memudahkan anda untuk memahami mengenai proses permohonan nombor pin e-Filling, anda boleh merujuk imej dibawah :

Cara Dapatkan No Pin LHDN Online img 5

 

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk mendapatkan nombor pin e-Filling. Selamat berjaya!

Leave a Comment

×