KerjaKosong.Co » Cara Memohon » Skim Mobilepreneur 4.0: Bantuan Sehingga RM10,000 Kini Dibuka

Skim Mobilepreneur 4.0: Bantuan Sehingga RM10,000 Kini Dibuka

Skim Mobilepreneur 4.0: Bantuan Sehingga RM10,000 Kini Dibuka

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 kini boleh dibuat permohonan.

Skim ini bertujuan untuk pembiayaan modal bagi usahawan yang membuat perkhidmatan penghantaran menggunakan kenderaan motosikal dan juga salah satu iniseatif kerajaan di bawah TEKUN Nasional bagi membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID19 dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak TEKUN Nasional telah bersetuju untuk meneruskan lagi skim tersebut selepas melaksanakan pada sebelum ini iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0.

Melalui skim ini, pembiayaan disediakan kepada usahawan dengan tujuan seperti berikut:

  1. Pembelian motosikal
  2. Baik pulih motosikal
  3. Modal pusingan

Jumlah Pembiayaan

Menerusi Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0, jumlah pembiayaan adalah daripada RM1,000 hingga RM10,000.

Pembiayaan ini meliputi pembelian, baik pulih, motosikal dan juga modal pusingan.

Tempoh Pembiayaan Balik

Tempoh bagi pembiayaan semula pembiayaan adalah sepanjang daripada 1 tahun sehingga 3 tahun selepas pinjaman dibuat. Kadar keuntungan yang bakal dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang yang muflis.
  4. Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  5. Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
  6. Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  7. Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  8. Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  9. Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  10. Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 perlu membuat permohonan di pejabat TEKUN Nasional yang terdekat.

Senarai pejabat cawangan TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk melalui pautan https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/.

Tempoh proses permohonan pembiayaan adalah selama 7 hari bekerja.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu membawa dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan iaitu:

  1. Borang Pembiayaan Permohonan (muat turun Borang JPP02 atau JPP17).
  2. Gambar pemohon berukuran passport.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) iaitu muka hadapan dan belakang.
  4. Salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  5. Sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  6. Salinan geran motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  7. Salinan cukai jalan motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  8. Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  9. Surat sokongan syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-Hailing.
  10. Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
  11. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
  12. Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Pemohon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 boleh melayari laman web TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Skim Mobilepreneur 4.0: Bantuan Sehingga RM10,000 Kini Dibuka” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×