Kerajaan telah mengarahkan semua rakyat untuk berkurung dalam rumah bagi mengurangkan jangkitan virus Covid-19 yang semakin teruk di Malaysia. Arahan termasuk kepada mereka yang bekerja di luar rumah dan terpaksa mengambil cuti.
Jadi, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM600 sebulan untuk mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Bantuan kewangan ini akan dikendalikan oleh PERKESO dan disalurkan kepada majikan & terus dibayar kepada pekerja yang terlibat.
KerjaKosong.Co akan kongsikan panduan mudah permohonan bantuan kewangan untuk membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) mengikut Program Pengekalan Pekerjaan atau dikenali sebagai Employment Retention Programme (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).
SYARAT PERMOHONAN ERP
ERP akan sediakan bantuan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada pekerja dan majikan yang mengikuti syarat berikut:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- Majikan telah berdaftar serta mencarum dengan SIP yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah untuk semua pekerjanya termasuk pekerja sambilan.s
- Pekerja yang telah dipecat, pekerja di sektor awam, freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang adalah tidak layak.
- Tempoh Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.
[/su_list]
Cara Mohon Bantuan RM600 Covid-19
Setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian/online atau melalui borang permohonan di pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut perlu bertanggungjawab untuk membuat bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.
Majikan perlu kemukakan permohonan lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan sertakan sekali dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.
Senarai Pekerja perlu diisi dengan maklumat berikut:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- Nama Penuh Pekerja
- Nombor IC
- Nama Jawatan
- Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
- Email dan No Tel untuk dihubungi
- Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.
[/su_list]
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini sila rujuk di bawah. Maklumat lengkap boleh didapati di laman PERKESO.
1) KENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI
2) PEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020
3) BORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
4) BORANG – ERPC-19
5) SOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau
kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke [email protected] atau
salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official
Saye kerje kedai pemborong makeup gaji pun RM1300 skrang dah tak boleh kerje dduk sendiri mcm mane nak bayar sewe rumah nak bayar moto bulan²
saya berniaga membantu mak sy selepas ayah sya meninggal…mak sy warganegara saya bumiputra ic biru….hasil kami dri berniaga…sejak perintah kawalan berkurung kami tidak dpt mncri mata pencarian…kami ade tungakan rumah sblom nie…bila kmi xdpt byr bnk kluar kan notis yg kalau kami xdpt stle hutang tungakan dia akan mengambil tindakan… sy mohon kepada pm tlg orng2 mcm kmi ni…sy masih bujang tapi sy xdpt bsh sblom ni sy dpt tp sjak 2019 sy xdpt…skrng nie kami dh xthu mne nk minta bantuan…harap kami dpat jalan penyelesaian….
Sy kje gaji hari sy nk tahu cara nk blh bantuan rn600.sy ad kecil nk barang dll ank sy ad skt sy btl2 mntk bantuan
Salam…slmat pagi..saye ibu tunggal 4 org ank…kerja pembantu kedai r&r…saya mkn gaji minggu….mcm mne nak dpt bantuan….
Suami saya bekerja sebagai tukang masak yang gaji hari. Sepanjang tempoh pkp ini dia tidak ada sumber pendapatan kerana tempat dia bekerja tidak beroperasi. Macam mana nak dapatkan bantuan.
Suami Saya kerja buruh kasar.makan gaji hari.saya Baru buka ssm niaga kecil.sekarang semua sumber pendapatan kami sekat.saya ada anak 3orang.macam mana nk dapatkan bantuan
Assalamualaikum… Saya hanya penjual nasi lemak… Semenjak di kenakan perintah kawal pergerakan imcam saya satu sen pun x dapat..juga mempunyai 4 anak.jadi mcm nk dapatkan bantuan..
Saya bekerja sebagai kelindan lori.sejak cuti tahun baru cina sehingga sekarang saya dicutikan kerana barang yg diambil kt stor kebanyakknnye dari china.saya mempunyai 9 orang tanggungan.isteri saya bekerja dikantin sekolah kebangsaan.sejak cuti sekolah sampai h arini cuti.kami hilang punca pendapatan.
Pekerja asing boleh ta memohon bantuan ERP
kerja kebun bole memohon.? kami kais pagi kais petang
Suami sya tiadah karja..