Cara Mohon Bantuan RM600 Covid-19

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Kerajaan telah mengarahkan semua rakyat untuk berkurung dalam rumah bagi mengurangkan jangkitan virus Covid-19 yang semakin teruk di Malaysia. Arahan termasuk kepada mereka yang bekerja di luar rumah dan terpaksa mengambil cuti.

Jadi, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM600 sebulan untuk mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Bantuan kewangan ini akan dikendalikan oleh PERKESO dan disalurkan kepada majikan & terus dibayar kepada pekerja yang terlibat.

KerjaKosong.Co akan kongsikan panduan mudah permohonan bantuan kewangan untuk membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) mengikut Program Pengekalan Pekerjaan atau dikenali sebagai Employment Retention Programme (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).

SYARAT PERMOHONAN ERP

ERP akan sediakan bantuan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada pekerja dan majikan yang mengikuti syarat berikut:

  • Majikan telah berdaftar serta mencarum dengan SIP yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah untuk semua pekerjanya termasuk pekerja sambilan.s
  • Pekerja yang telah dipecat, pekerja di sektor awam, freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang adalah tidak layak.
  • Tempoh Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.

Cara Mohon Bantuan RM600 Covid-19





Setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian/online atau melalui borang permohonan di pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut perlu bertanggungjawab untuk membuat bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Majikan perlu kemukakan permohonan lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan sertakan sekali dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.

Senarai Pekerja perlu diisi dengan maklumat berikut:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor IC
  • Nama Jawatan
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Email dan No Tel untuk dihubungi
  • Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini sila rujuk di bawah. Maklumat lengkap boleh didapati di laman PERKESO.

1) KENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI
2) PEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020
3) BORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
4) BORANG – ERPC-19
5) SOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau

kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke [email protected] atau

salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Sila Share Artikel Ini Dahulu!