Kerajaan telah mengarahkan semua rakyat untuk berkurung dalam rumah bagi mengurangkan jangkitan virus Covid-19 yang semakin teruk di Malaysia. Arahan termasuk kepada mereka yang bekerja di luar rumah dan terpaksa mengambil cuti.
Jadi, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM600 sebulan untuk mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Bantuan kewangan ini akan dikendalikan oleh PERKESO dan disalurkan kepada majikan & terus dibayar kepada pekerja yang terlibat.
KerjaKosong.Co akan kongsikan panduan mudah permohonan bantuan kewangan untuk membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) mengikut Program Pengekalan Pekerjaan atau dikenali sebagai Employment Retention Programme (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).
SYARAT PERMOHONAN ERP
ERP akan sediakan bantuan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada pekerja dan majikan yang mengikuti syarat berikut:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- Majikan telah berdaftar serta mencarum dengan SIP yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah untuk semua pekerjanya termasuk pekerja sambilan.s
- Pekerja yang telah dipecat, pekerja di sektor awam, freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang adalah tidak layak.
- Tempoh Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.
[/su_list]
Cara Mohon Bantuan RM600 Covid-19
Setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian/online atau melalui borang permohonan di pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut perlu bertanggungjawab untuk membuat bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.
Majikan perlu kemukakan permohonan lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan sertakan sekali dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.
Senarai Pekerja perlu diisi dengan maklumat berikut:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- Nama Penuh Pekerja
- Nombor IC
- Nama Jawatan
- Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
- Email dan No Tel untuk dihubungi
- Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.
[/su_list]
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini sila rujuk di bawah. Maklumat lengkap boleh didapati di laman PERKESO.
1) KENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI
2) PEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020
3) BORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
4) BORANG – ERPC-19
5) SOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau
kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke [email protected] atau
salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official
Ya..betul bagaimana cara mendaftar RM100 sehari ini?saya juga pekerja kilang cuti tanpa gaji juga.kalau boleh bagi (aplikasi) ini untuk sementara waktu setelah convit-19 ini tak ada lagi boleh hapus (aplikasi) nya..
Macam mana cara nk mohon
Mendaftar RM 100 sehari
Orng Malaysia yg berkerja di Singapore tidak dpt masuk ke Singapore untuk teruskan perkerjan.. Apa bantu mereka akan dpt.hope government think about they also.. So many people go in to Singapore before for family go some people nvr in to Singapore also for family.. Hope they all get wat other Malaysian get.. Hope government think n do some good decisions.. Tq
Mcm mna mau daftar. . kmi pun kerja cuti tanpa gji mcm mna nk byar elektrik dgn air mkn pa lgi.. Hmm
Sya kje grab. Gji grab skrg sgt3 jtuh. Cmne nk byr keta, sewa umh, bil api, air, blnja dapo. Mntk pihak yg berwajib mik mklum.
Mcm mna untuk kerja serdiri
bagaimana jika majikan tidak mengurus utk pkarja dapatkan bantuan rm600?
Blh mklum bnm
Sy berkerja kedai makan.gaji dibayar hari..layak x mohon?
Isteri sy jadi suri rumah sepenuh Mase sebab dah berhenti kerja sejak ade baby boleh Ker mohon
Kwn2 join telegram cth telegram jwtn kosong…dlm telegram tu nnt akn ada mcm bntuan diberikn olh kerajaan
Sy brkerja salon,gaji dlm Rm850 skrg tdk dpt kerja mcm mna nak bayar itu ini.
Saya ibu tungal bawa saya ada tangungan 5 org anak kecil saya OKU.suami saya kerja kontrak sekaran dia tiada kerja.saya tk mambu bayar rumah sewa dan belanja keluarga saya.saya mcm mn nak bayar itu ini semua.
skrang saya ct kja tampa baya gaji..bayk nk kena baya barang2 keprluan rmh bill dan makanan