Cara Mohon Bantuan RM600 Covid-19

Kerajaan telah mengarahkan semua rakyat untuk berkurung dalam rumah bagi mengurangkan jangkitan virus Covid-19 yang semakin teruk di Malaysia. Arahan termasuk kepada mereka yang bekerja di luar rumah dan terpaksa mengambil cuti.

Jadi, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM600 sebulan untuk mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Bantuan kewangan ini akan dikendalikan oleh PERKESO dan disalurkan kepada majikan & terus dibayar kepada pekerja yang terlibat.

KerjaKosong.Co akan kongsikan panduan mudah permohonan bantuan kewangan untuk membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) mengikut Program Pengekalan Pekerjaan atau dikenali sebagai Employment Retention Programme (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).

SYARAT PERMOHONAN ERP

ERP akan sediakan bantuan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada pekerja dan majikan yang mengikuti syarat berikut:

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]

  • Majikan telah berdaftar serta mencarum dengan SIP yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah untuk semua pekerjanya termasuk pekerja sambilan.s
  • Pekerja yang telah dipecat, pekerja di sektor awam, freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang adalah tidak layak.
  • Tempoh Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.

[/su_list]

Cara Mohon Bantuan RM600 Covid-19


Setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian/online atau melalui borang permohonan di pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut perlu bertanggungjawab untuk membuat bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Majikan perlu kemukakan permohonan lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan sertakan sekali dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.

Senarai Pekerja perlu diisi dengan maklumat berikut:

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor IC
  • Nama Jawatan
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Email dan No Tel untuk dihubungi
  • Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.

[/su_list]

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini sila rujuk di bawah. Maklumat lengkap boleh didapati di laman PERKESO.

1) KENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI
2) PEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020
3) BORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
4) BORANG – ERPC-19
5) SOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau

kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke [email protected] atau

salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official

78 thoughts on “Cara Mohon Bantuan RM600 Covid-19”

  1. Saya rajan paramesparan saye ingin meminta bantuan kerana majikan saye kerja menipu saya dan telah mengunci rumah yang majikan saya bagi sudah enam hari saya dan isteri saya tidur di luar rumah makan pun kami tak ada duit dïsïni ada sewa bilik tetapi kos hendak bayar deposit saya tak ada saya memohon huluŕkan lah bantuan untuk kami saya amat hargai bantuan anda dan berterima kasih kepada siapa yang membantu kami 0149070165 ini nombor wasap saya dan ini nombor ekaun saya 4529015619 public bank rajan paramesparan terima kasih kerana bantu kami..

    Reply
  2. Saya pemandu Lori Gaji harian ..terpaksa cuti pula anak 5orang bini lagi terpaksa bayar sewa rumah lagi. Tak ada epf dan socso macam mana nak apply bantuan ini.

    Reply
  3. Assalammualaukum……. Bagaimana dengan mereka yg bekerja sebagai penjual nasi lemak tepi jln.. … Gerai terpaksa tutup nak tanggung anak2 sekolah lg…. Mohon pencerahan

    Reply
  4. Apa ka kenyataan ini benar dan bagaimana ka sy mendftar atau cra untuk register…mohon pencerhaan,sebap ini sgt penting bagi kami yg di beri cuti tnpa gaji,jika tdk ada duit bagaimna kami nk membri mkn kepada kluarga…

    Reply
    • CTP de krajaan sediakn bntuan klu xsilap PERKESO jmlh rm600 sbln. Type d google bsntuan jeeajaan 600 kpd pkeha yg cti tnpa gji

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×