Kerajaan telah mengarahkan semua rakyat untuk berkurung dalam rumah bagi mengurangkan jangkitan virus Covid-19 yang semakin teruk di Malaysia. Arahan termasuk kepada mereka yang bekerja di luar rumah dan terpaksa mengambil cuti.
Jadi, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM600 sebulan untuk mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Bantuan kewangan ini akan dikendalikan oleh PERKESO dan disalurkan kepada majikan & terus dibayar kepada pekerja yang terlibat.
KerjaKosong.Co akan kongsikan panduan mudah permohonan bantuan kewangan untuk membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) mengikut Program Pengekalan Pekerjaan atau dikenali sebagai Employment Retention Programme (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).
SYARAT PERMOHONAN ERP
ERP akan sediakan bantuan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada pekerja dan majikan yang mengikuti syarat berikut:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- Majikan telah berdaftar serta mencarum dengan SIP yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah untuk semua pekerjanya termasuk pekerja sambilan.s
- Pekerja yang telah dipecat, pekerja di sektor awam, freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang adalah tidak layak.
- Tempoh Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.
[/su_list]
Cara Mohon Bantuan RM600 Covid-19
Setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian/online atau melalui borang permohonan di pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut perlu bertanggungjawab untuk membuat bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.
Majikan perlu kemukakan permohonan lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan sertakan sekali dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.
Senarai Pekerja perlu diisi dengan maklumat berikut:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- Nama Penuh Pekerja
- Nombor IC
- Nama Jawatan
- Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
- Email dan No Tel untuk dihubungi
- Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.
[/su_list]
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini sila rujuk di bawah. Maklumat lengkap boleh didapati di laman PERKESO.
1) KENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI
2) PEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020
3) BORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
4) BORANG – ERPC-19
5) SOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau
kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke [email protected] atau
salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official
SAYA KERJA sweata PENGAWAL keselamatan.
Saya pekrja swasta kilang udang
Saya kelenden Lori..bila Lori Tak jalan sya buntu nak Cari duit dekat Mana..boleh ke saya nak memohon bantuan rm600 until Sara keluarga saya.
saya pekerja swasta…(partime sahaja) bole kah saya dapat bantuan RM600 tuk beli keperluan seperti bayar sewa rumah belanja dapur dan susu anak…??
Saya Ada
company bawah Lori saya boleh memohon RN600
Sy kerja sendiri.sekarang tidak di benarkan keluar buat bisnes.jadi masaalah dgn tanggung jawab sy pada keluarga.
saya pekerja kontrak bawak lori ada barang/trip ada gaji layakkah saya mohon
Saya berkerja sebagai cleaner di sebuah klinik.. Adakah saya layak juga layak juga memohon bantuan ini dengan masalah wabak semakin menular ini.. Saya hanya di beri gaji lamsam pada setiap bulan.. Saya juga memepunyai ank seramai 5 orang..
saya cuma berkerja sebagai cleaner di kilangg..adakahh saya layak jugA memohon bantuan ini dengan masalah wabak semakin merebak ini….saya juga sebagai ibu tunggal dan mempunyai 2org anak……
saya cuma berkerja sebagai cleaner di kilangg..adakahh saya layak jugA memohon bantuan ini dengan masalah wabak semakin merebak ini….saya juga sebagai ibu tunggal dan mempunyai 2org anak……
Sya perkerja kilang bolh ke
Sya chang vei kong. Ic. No. 700723-12-5489.sya cuma berkerja di restoran wong kok penampang. Jln bandusan. Ada ka sya layak juga memohon bantuan ini dengan masalah wabak semakin merebakini. Sya juga lelaki. Mau tangung jawap mau bayar rumah dan kendaraan. Dan motor sya. Sy bli arahan cuti tambah gaji 14 hari. Bleh ka sya dapat memohonan 600 bantu sya. Sekian terima kasih perkeso.
Saya berkerja sebagai buruh..adakah saya layak dapat bantuan ini..sy pom ada kluarga jgk perlu dtangung..