Cara Memohon » Cara memohon Bantuan JKM Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 2021

Cara memohon Bantuan JKM Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 2021

Cara memohon Bantuan JKM Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 2021

Adakah anda seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan? Kini, dengan bantuan khas dari program PENJANA dan Jabatan Kebajikan Malaysia, ibu tunggal yang layak boleh mendapat bantuan khas sebanyak RM300.

Sebelum membuat permohonan, lihat syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan sebelum membuat permohonan.

BANTUAN IBU TUNGGAL

RM300 akan diberikan kepada mereka yang layak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.

Pemohon wajib berjantina perempuan (Warganegara) dan menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:-

  • Taraf perkahwinan adalah balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  • Punyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

CARA MOHON

Muat turun borang permohonan ibu tunggal secara online, senarai muat turun borang dan dokumen sokongan yang diperlukan di bawah:-

Anda juga boleh datang dan hadir di mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM di tempat tinggal anda bersama-sama borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen penting yang diperlukan:-

DOKUMEN WAJIB YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Penyata Akaun Tahunan Semasa
  3. Salinan Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian
  4. Salinan Sijil Kelahiran Anak Yang belum berkahwin/MyKid/MyKad/Sijil Anak Angkat
  5. Salinan Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan (Disahkan Penghulu/Majikan)

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Surat Akauan Doktor (jika berkenaan)
  2. Surat Akuan Sumpah (jika dalam proses penceraian)

Maklumat lanjut mengenai bantuan sila klik di sini.

INFO TAMBAHAN

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda jika permohonan anda lulus dan disahkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia.
Untuk sebarang info tambahan, https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/?lang=en

Leave a Comment

×