KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Bantuan Individu Hilang Kerja Buka Perniagaan Sendiri Sehingga RM100,000

Bantuan Individu Hilang Kerja Buka Perniagaan Sendiri Sehingga RM100,000


Bantuan Individu Hilang Kerja Buka Perniagaan Sendiri Sehingga RM100,000

Berita baik bagi anda diluar sana, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menambah pembiayaan sebanyak RM50 juta.

Hal ini bertujuan bagi meneruskan bantuan kepada individu bumiputera yang menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini.

Penambahan peruntukan ini adalah menerusi Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR), kata Pengerusinya Tan Sri Noh Omar. Pihaknya juga mensasarkan sebanyak 1,000 individu yang akan menerima manfaat ini. Menurut kenyataan beliau lagi, PUNB telah menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta yang mana setiap individu akan ditawarkan pembiayaan antara RM50,000 sehingga RM100,000 dengan beberapa syarat yang agak ketat.

Katanya, dengan melihat kepada situasi Covid-19 ini dan hadil perbincangan yang dilakukan bersam ahli Lembaga Pengarah, mereka telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta yang mana setiap pemohon akan ditawarkan bantuan pembiayaan sehingga RM100,000.

Pihaknya juga akan melonggarkan syarat permohonan iaitu pemohon hanya perlu melampirkan bukti diberhentikan kerja dan modal yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan yang sedang diusahakan. Sejak skim ini dibuka pada Mei yang lalu, pihaknya telah menerima sebanyak 2,052 pendaftaran, namun permohonan yang lengkap hanya 124 sahaja.

Oleh itu, selain melihat permohonan baharu, pihaknya juga kan menyemak semula borang yang tidak lengkap untuk dipertimbangkan. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin dan Timbalannya, Abdul Jammi Abdul Karim.

Dalam pada itu, Noh berkata pihaknya akan melanjutkan moratorium secara automatik kepada pembayaran balik pembiayaan sebanyak 50% bermula Julai sehingga 31 Disember ini berbanding 30 Jun pada sebelum ini.

Katanya, pemberian penangguhan ini bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada 2,330 rakan usahawan PUNB tetapi 718 penerima pembiayaan ‘Bumiputera Relief Financing’ (BRF). Bagi penangguhan untuk keseluruhan tahun ini akan melibatkan kekurangan kutipan RM92.75 juta.

Selain itu juga katanya, sebanyak 230 penyewa premis perniagaan PUNB di seluruh negara juga akan menerima manfaat dengan memberikan diskaun sebanyak 50% bagi tempoh enam bulan bermula 1 Julai ini.

Info Tambahan

Skim PKS – https://www.punb.com.my/en/sources/41-faq/skim-pks

Daftar PUNB – https://e-borang.punb.com.my/

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×