Cara Memohon » Cara Mohon Bantuan JKM RM500 Bagi Warga Emas 2021

Cara Mohon Bantuan JKM RM500 Bagi Warga Emas 2021

Cara Mohon Bantuan JKM RM500 Bagi Warga Emas 2021

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan bantuan khusus untuk warga emas yang bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahterraan kehidupan dalam komuniti.

BANTUAN WARGA EMAS

Melalui belanjawan 2021, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua (BOT) dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang dengan syarat warga emas ini berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan Bantuan Warga Emas:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata.
  4. Warga emas yang bukan tinggal di
    • Institusi kendalian JKM
    • Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Bantuan Warga Emas:

  1. Buka laman web eBantuanJKM di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik pada “Daftar Permohonan Atas Talian”
  3. Kemudian klik pada “Daftar Permohonan”
  4. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan dan tekan “Daftar”
  5. Setelah selesai, hadir ke pejabat kebajikan masyarakat yang berhampiran mengikut daerah yang telah dipohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan atas talian di buat.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan
    • Salinan kad pengenalan pemohon
    • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (Jika kategori OKU)
    • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  7. Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  8. Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di tempat anda membuat permohonan atau hubungi ibu pejabat JKM di talian 03 – 8000 8000.

Leave a Comment

×