GKP 3.0 Daftar Sekarang Tarikh Akhir 15 April, Masih Ramai Peniaga Belum Daftar Bantuan

GKP 3.0 Daftar Sekarang Tarikh Akhir 15 April, Masih Ramai Peniaga Belum Daftar Bantuan

Jangan terlepas ini! Sila mohon GKP 3.0 bagi anda yang masih tidak memohon. Kami doakan anda berjaya memohon!

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro perlu mengambil peluang yang disediakan kerajaan seperti Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) untuk membantu meningkatkan kembali perniagaan pasca pandem1k COV1D 19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata masih ramai peniaga mikro dan PKS belum mendaftar mendapatkan bantuan khas GKP walaupun ia sudah dimulakan sejak tahun lalu dan kini memasuki siri ketiga.

“Ketika lawatan turun padang Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini, ramai yang mengunjungi kaunter sementara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai GKP 3.0.

“Saya ingin maklumkan, permohonan GKP 3.0 masih di buka sehingga 15 April 2021. Mereka yang belum mendaftar bolehlah berbuat demikian segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-48, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, selain GKP 3.0, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut mengumumkan bahawa nilai ambang keterhutangan bagi syarikat yang dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000, akan diteruskan berkuat kuasa 1 April lalu.

Beliau berkata, ini juga adalah berita gembira untuk peniaga seiring dengan inisiatif kesembilan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) untuk mengurangkan beban syarikat dan memperkasa koperasi.

Inisiatif ini, katanya, adalah susulan keadaan ekonomi global dan dalam negara yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih akibat pandem1k COV1D-19.

“Sebelum ini, inisiatif ini adalah langkah sementara bermula dari 23 April 2020 sehingga 31 Mac 2021 bagi memberikan perlindungan kepada syarikat dengan nilai ambang keterhutangan yang lebih tinggi daripada nilai sedia ada iaitu RM10,000 agar risiko syarikat di kenakan tindakan penggulungan dapat dikurangkan.

“Kesan pelaksanaan inisiatif itu menyaksikan hanya 665 petisyen penggulungan diserah simpan ke SSM bagi tempoh April hingga Disember lalu berbanding 1,760 pada 2019 dan 1,533 tahun sebelumnya,” ujarnya.

Tengku Zafrul berkata, peningkatan nilai ambang keterhutangan syarikat dijangka akan terus dapat mengurangkan jumlah petisyen penggulungan.

Beliau berkata, syarikat juga mampu meneruskan urusan perniagaan dengan yakin serta masih mematuhi undang-undang berdasarkan pelepasan kekal nilai amaun keterhutangan yang diberikan – Barita Harian

Geran Khas Prihatin 3.0

Inisiatif ini akan memanfaatkan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Cara Permohonan GKP 3.0

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM mulai tarikh yang diumumkan nanti. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Kaedah Bayaran – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan. Akaun bank anda mestilah aktif.

Syarat Kelayakan – GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini.

Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik dan Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Masih lagi aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat lanjut tentang Geran Khas Prihatin yang terkini akan diperincikan melalui laman web ini https://gkp.hasil.gov.my/

Penafian– Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “GKP 3.0 Daftar Sekarang Tarikh Akhir 15 April, Masih Ramai Peniaga Belum Daftar Bantuan” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×