Bantuan NADMA untuk bencana Wabak CV-19| Untuk makluman anda, kerajaan akan menyalurkan bantuan Wabak sebanyak RM100 sehari kepada mana-mana individu yang terkesan dengan wabak ini melalui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara).
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia memaklumkan mengenai bantuan RM600 sebulan yang akan disalurkan kepada mana-mana pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji (maksimum enam bulan sahaja) melalui Bantuan Wabal 19 PERKESO Sehari RM600.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Wabak-19.
Bantuan NADMA Wabak 19
Cara Mohon Bantuan NADMA
1. Muat turun borang di laman web http://www.nadma.gov.my/ms/
– Borang Permohonan (Lampiran A)
– Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
– Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
* Disebabkan terlalu ramai masuk ke website official kerajaan, website agak berat dan tidak boleh dibuka. Sila cuba semula pada waktu malam.
Di bawah ini disertakan contoh borang dari NADMA.

Borang Bantuan Lampiran A

Borang Bantuan Lampiran B

Borang Bantuan Lampiran C
Dokumen Yang Diperlukan

Cara Buat Semakan Status Kelayakan NADMA

Jika sudah buat permohonan untuk bantuan NADMA ini, sila semak kelayakan anda dengan melayari portal rasmi di bawah, dan masukkan no IC anda.
https://bkcovid19.nadma.gov.my/
Syarat Layak Bantuan NADMA
Di bawah merupakan syarat kelayakan bagi individu yang layak untuk memohon bantuan bencana RM100 ini.
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Wabak-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Wabak 19.
Sekiranya anda cukup syarat yang dinyatakan di atas maka anda boleh mengemukakan permohonan anda.
Garis Panduan Permohonan (Bergambar)


Berapakah Kadar Bantuan?
RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan & Pemerhatian Bagi Kontak Wabak-19 Di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Akta 342) ATAU menjalani rawatan di wad-wad hospital untuk merawat Wabak19 (warded).
Bantuan ini hanya one-off (diberikan sekali sahaja) dan NADMA berhak untuk menolak permohonan yang tidak menepati syarat.
Mengenai Bantuan NADMA
Bantuan ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan dengan geran sebanyak RM1 Juta. Namun bantuan ini adalah terhad kepada individu yang tiada pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang 14 hari tempoh pengawasan di rumah.
Mereka yang layak menerima adalah pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Bantuan tersebut juga layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan PERSEKO (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Selain itu, terdapat juga kutipan tabung Wabak 19 yang mana telah diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Jika mana mana individu yang ingin membantu, anda boleh menyalurkan ke akaun Bank Muamalat 1601-0001-1387-14.
Baca Juga : Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Selain itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan meneliti semula apakah bantuan yang boleh disalurkan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat Wabak-19. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata perkara itu akan dibangkitkan di peringkat kementerian selepas mesyuarat Kabinet, Rabu depan.
Statistik Terkini Wabak 19
Sehingga petang tadi (22 Mac 2020), sebanyak lebih daripada 1000 kes positif dilaporkan di seluruh Malaysia. Kematian di Malaysia mencatatkan 9 kes kematian.
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang Coronavirus, sila ke portal khas KKM di sini.

Saya pemain piano profesional dihotel telah diberhentikan lebih awal sebelum kontrak tamat alasan bisnes terjejas teruk oleh coronavirus.Saya hilang punca pendapatan adakah saya layak mendapatkan bantuan Nadma?
Saya tukang masak masakan panas x boleh kerja kedai tutup kerana PKP adakah saya layak untuk menerima bantuan ini
Saya mohamad faisal ingin membuat permohonan covid 19 kerana saya diberi cuti kerja selama 14 hari
Suami saya cuti tanpa gaji bole mohon ke kmi amat perlukan untuk belanja keperluar
Saya Noryatie binti Abdul Padpad..
Saya bkerja Spa.. Ibu tunggal 6anak…
Dan skg kena duduk rumah tanpa gaji.. Slama 14hari.. Ada kh saya layak.. Kperluan blnja rumah semua saya yg tanggunh sdri…
Sya kerja buruh kasar..mohon minta bantuan..kerana spanjang pengawasan covid19 14 hari ini memamng tak ada gaji..mohon bantuan lha
Kalau orang yang x dapat bekerja selama tempoh kawalan pergerakkan tiada bantuan ka?yang hari2 mencari pendapatan macamna la?14hari ..sedih
Saya bekerja di syarikat pelabuhan mmg sangkut betul pndatan segala aktiviti import eksport terjejas
Assalamualaikum Nama saya Rozilah binti Romli,saya berniaga dipasar malam setiap hari Ahad,Isnin,Selasa ,Khamis dan Jumaat di kawasan Cheras dan Selangor ,sebelum berlaku pemerintahan kawalan pergerakan saya sekeluarga balik ke kampung menziarahi ayah di kampung Lanai Baling Kedah ,setelah 18 haribulan diperintahkan pergerakan kawalan kami x berani balik ke Cheras Lagipulak berniaga seperti makanan dipasar malam tidak dibolehkan ,saya hilang punca pendapatan berniaga kuih dipasar malam,Oleh itu memohon bantuan kewangan yg disarankan Nadma bagi diri saya sekeluarga yang hilang punca pendapatan.
Asalamulaikum saya Hasri …pekerjaan saya pembantu kantin kolej vokasional..boleh ke saya memohon bantuan bencana sedangkan kerja saya tiada KWSP dan PERKESO…dan masa ni saya dicutikan sebab kolej tu ditutup sebab Corona ini…maka majikan tidak membayar gaji masa cuti ini
Saya KamalluddinBin K N Ab Rahman pekerjaan Pemanduz Pelancungan Bebas kotrak dgn sykt Pelancungan Succes One Travel n Tour sdn bhd.
Sejak.bulan Februari tk bekerja sebab tiada pelancungan yg dtg ke Penang.
Adakah saya layak.menerima bantuan.
0125711525