Bantuan NADMA untuk bencana Wabak CV-19| Untuk makluman anda, kerajaan akan menyalurkan bantuan Wabak sebanyak RM100 sehari kepada mana-mana individu yang terkesan dengan wabak ini melalui NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara).
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia memaklumkan mengenai bantuan RM600 sebulan yang akan disalurkan kepada mana-mana pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji (maksimum enam bulan sahaja) melalui Bantuan Wabal 19 PERKESO Sehari RM600.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Wabak-19.
Bantuan NADMA Wabak 19
Cara Mohon Bantuan NADMA
1. Muat turun borang di laman web http://www.nadma.gov.my/ms/
– Borang Permohonan (Lampiran A)
– Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
– Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
* Disebabkan terlalu ramai masuk ke website official kerajaan, website agak berat dan tidak boleh dibuka. Sila cuba semula pada waktu malam.
Di bawah ini disertakan contoh borang dari NADMA.

Borang Bantuan Lampiran A

Borang Bantuan Lampiran B

Borang Bantuan Lampiran C
Dokumen Yang Diperlukan

Cara Buat Semakan Status Kelayakan NADMA

Jika sudah buat permohonan untuk bantuan NADMA ini, sila semak kelayakan anda dengan melayari portal rasmi di bawah, dan masukkan no IC anda.
https://bkcovid19.nadma.gov.my/
Syarat Layak Bantuan NADMA
Di bawah merupakan syarat kelayakan bagi individu yang layak untuk memohon bantuan bencana RM100 ini.
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Wabak-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Wabak 19.
Sekiranya anda cukup syarat yang dinyatakan di atas maka anda boleh mengemukakan permohonan anda.
Garis Panduan Permohonan (Bergambar)


Berapakah Kadar Bantuan?
RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan & Pemerhatian Bagi Kontak Wabak-19 Di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Akta 342) ATAU menjalani rawatan di wad-wad hospital untuk merawat Wabak19 (warded).
Bantuan ini hanya one-off (diberikan sekali sahaja) dan NADMA berhak untuk menolak permohonan yang tidak menepati syarat.
Mengenai Bantuan NADMA
Bantuan ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan dengan geran sebanyak RM1 Juta. Namun bantuan ini adalah terhad kepada individu yang tiada pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang 14 hari tempoh pengawasan di rumah.
Mereka yang layak menerima adalah pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Bantuan tersebut juga layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan PERSEKO (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Selain itu, terdapat juga kutipan tabung Wabak 19 yang mana telah diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Jika mana mana individu yang ingin membantu, anda boleh menyalurkan ke akaun Bank Muamalat 1601-0001-1387-14.
Baca Juga : Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Selain itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan meneliti semula apakah bantuan yang boleh disalurkan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat Wabak-19. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata perkara itu akan dibangkitkan di peringkat kementerian selepas mesyuarat Kabinet, Rabu depan.
Statistik Terkini Wabak 19
Sehingga petang tadi (22 Mac 2020), sebanyak lebih daripada 1000 kes positif dilaporkan di seluruh Malaysia. Kematian di Malaysia mencatatkan 9 kes kematian.
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang Coronavirus, sila ke portal khas KKM di sini.

saya amat memerlukan bantuan ini.
Saya sangat memerlukan banruan daripada pihak yang berkenaan…sebap saya d berikan cuti oleh majikan saya selama 14 hari tanpa gaji..
Reply
Adakah bantuan ini boleh bantu pendapatan budak sekolah?
Mcm mn mohon sy amat memrlukan
Saya sangat memerlukan bantuan ini kerana saya diberi cuti 14hari oleh majikan saya tapi tanpa GAJI…
Tuan, utk peniaga kecil boleh ke memohon?
T/kasih
Selamat petang saya adak tiga orang anak. anak1 10 tahun anak2 8tahun anak3 2tahun.gaji saya akan masuk Bulan depan.Sekarang saya nak beli barang tidak duit tidak mencukupi bagaimana saya nak mendapat bantuan NADMA
suami saya berkerja sendiri sebagai salesman dan tiada pendapatan selama 14 hari..tanggungan suami saya 5 orang…macam mana ye saya nak apply…tolong
Macam mana nak dapatkan borang .?
Suami saya makam gaji harian.. Satu hari rm50.. Disebabkan terpaksa cuti selama dua minggu kira sudah tiada gaji lah suami saya.. Oleh itu saya ingin menolong suami saya dapat kan ini borang..
Sama lah Kita sis MCM mana Cara buat permohonan Ni tolong ibu ibu MCM kmi ini YG Ada ank ank kecil SSH Ni bayar sewa rumah lagi mknan pun dah tak cukup di masa skrg Ni