Zakat Fitrah: Kadar Bayaran Setiap Negeri Di Malaysia 2021

Zakat Fitrah: Kadar Bayaran Setiap Negeri Di Malaysia 2021

Senarai Kadar Harga Bayaran Zakat Fitrah 2021 Ikut Negeri Di Malaysia.

Setibanya bulan Ramadhan selain menunaikan puasa, antara perkara yang wajib ditunaikan oleh seluruh umat Islam adalah menunaikan Zakat Fitrah kerana ianya merupakan kewajipan Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam sama ada individu lelaki atau perempuan yang berkemampuan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Kewajipan Tunai Zakat Fitrah

Kewajipan menunaikannya adalah bertujuan bagi membersihkan diri daripada kelalaian sepanjang ibadat puasa serta menyucikan jiwa umat Islam yang berpuasa dan seterusnya bayaran berkenaan dapat digunakan untuk tujuan membantu orang-orang yang tidak berkemampuan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Menurut syarak, Zakat Fitrah hendaklah ditunaikan sepanjang bulan Ramadan dimana waktu atau masa bagi tujuan menunaikannya adalah bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.

Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2021 Seluruh Negeri Malaysia

Sebagai makluman, kadar bayaran Zakat Fitrah akan ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Kadar bayaran tersebut mungkin berbeza di antara negeri kerana kaedah penentuan bayaran Zakat Fitrah dibuat berdasarkan harga dan gred beras semasa.

Berikut Infosentral sertakan senarai kadar harga Zakat Fitrah seluruh negeri di Malaysia mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri bagi tahun 2021 Masihi bersamaan 1442 Hijrah.

Carta Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2021 Mengikut Negeri Di Malaysia

Tahun ini dilihat lebih banyak Majlis Agama Islam Negeri telah menetapkan lebih daripada satu kadar harga. Ianya bertujuan bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan menunaikan kewajipan mengeluarkan Fitrah mereka selepas terkesan dengan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan dengan itu, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka. Sebagai rujukan, sila lihat kepada maklumat berikut.

  1. RM5.00 – Beras Super Tempatan (10-15% hancur).
  2. RM7.00 – Beras Super Special Tempatan (5% hancur).
  3. RM10.00 / RM12.00 / RM14.00 / RM16.00 – Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi / Beras Calrose / Beras Poney atau setara dengannya.
  4. RM21.00 – Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Jangan lupa kewajipan anda.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×