PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE (JTO) KWSP MULAI 1 JULAI 2021
Mulai 01 Julai 2021, KWSP akan membuka semula semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara untuk perkhidmatan terpilih sahaja bermula dari 8:30 pagi hingga 2:00 petang pada hari bekerja.
Diingatkan bahawa hanya ahli yang membuat temujanji / appoinment dapat berurusan di kaunter KWSP.
Jadi, bagi yang ingin berurusan dengan KWSP untuk i-Citra & sebagainya, pastikan anda sudah booking slot ikut masa dan cawangan terlebih dahulu sebelum pergi ke kaunter. Pastikan anda booking slot anda kerana mereka yang ada temujanji sahaja yang akan dibenarkan ke kaunter. Hal ini juga menyenangkan anda untuk tidak beratur panjang.
Mohon Juga : i-Citra KWSP
Perkhidmatan Janji Temu Online KWSP
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWSP melalui Janji Temu adalah seperti berikut:
- Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60 Tahun
- Pengeluaran Kematian
- Pengeluaran Kesihatan
- Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluar
Waktu Operasi Kaunter KWSP
Untuk rujukan membuat janji temu KWSP online, waktu Operasi untuk berurusan di kaunter adalah seperti berikut:
Kaunter
- Hanya 8.30 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja *.
*Sila rujuk senarai kaunter yang dibuka di laman web KWSP / Sistem Janji Temu Online.
Cara Buat Janji Temu KWSP Online
Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui cara berikut:
- Layari laman rasmi Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online
- Isikan butiran diri dan tujuan janji temu.
- Pilih cawangan dan slot masa untuk temu janji anda.
- Sila patuhi tarikh dan masa janji temu di cawangan yang telah ditetapkan. Kehadiran yang lewat akan dibatalkan secara automatik dan anda perlu membuat janji temu pada tarikh baharu.
- Jika ada masalah, sila hubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.
Untuk memudahkan, sila rujuk langkah berikut:
-
- Layari laman web KWSP dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online
- Pilih CAWANGAN
- Pilih JENIS urusan
- Pilih TARIKH
- Tetapkan MASA
- Confirmkan dan tekan PILIH SLOT
- Sila isikan maklumat peribadi
- Buat pengesahan
- Tekan butang BUAT JANJI TEMU
- Status permohonan janji temu online anda akan dipaparkan seperti contoh di bawah:
Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
Mesti Buat Temujanji Selewat-lewatnya 1 Jam Sebelum
Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.
Jumlah Ahli Berurusan Dalam Satu Janji Temu
Hanya seorang Ahli sahaja dibenarkan berurusan dalam satu-satu janji temu.
Ilustrasi :
Sekiranya Ahli ingin berurusan di cawangan KWSP bersama Pasangan atau Ahli Keluarga yang lain, tempahan untuk mendapatkan slot janji temu perlu dibuat secara berasingan.
Permohonan Untuk Menukar Tarikh Atau Membatalkan Janji Temu
Jangan risau kalau tak dapat hadir pada waktu temu janji yang telah dimohon, sebab ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.
Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Maklumat Lanjut
- Sila layari FAQ Janji Temu Online https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-janji-temu
- Layari laman web rasmi http://www.kwsp.gov.my/
- Hubungi hotline KWSP di talian 03-8922 6000.