Walaupun seseorang itu hanya bekerja sebagai cleaner, mereka tetap merupakan manusia biasa yang bekerja keras membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki yang halal walaupun sering dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat.
Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki di laman Twitternya yang dikenali sebagai Izwan Sajjer, menceritakan cara dia dan rakan sekerja yang lain ‘menyantuni’ cleaner yang pernah bertugas di syarikatnya.
Bahkan, stigma negatif terhadap golongan ini tidak dipraktikkan sama sekali , malah mereka sangat menghormati pekerja tersebut.
Menerusi thread ringkas itu, lelaki ini menjelaskan bahawa cleaner yang dikenali sebagai Kak Jati, adalah seorang pekerja yang sangat rajin dan disenangi pekerja-pekerja di sana.
Walau bagaimanapun, atas sebab syarikat itu terpaksa berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur, Kak Jati terpaksa diberhent1kan.
Walaupun mereka berat hati untuk melepaskannya, para pekerja di sana mengambil inisiatif dengan menghadiahkan seutas gelang emas kepada wanita itu.
Difahamkan, wanita tersebut telah diserahkan kembali kepada agensinya semula sebelum dipindahkan ke tempat lain.
Melalui gambar yang dikongsi, anda dapat melihat reaksi gembira Kak Jati ketika menerima hadiah itu.