KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Pertimbang Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, Hari Ini?

Pertimbang Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, Hari Ini?


Pertimbangan Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, Hari Ini

Kerajaan akan meneliti kebenaran untuk merentas negeri dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Mei ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan diputuskan sebaik sahaja semua data berkaitan dianalisis oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

“Buat masa ini rentas negeri untuk (Hari Raya) Aidilfitri kerajaan belum dapat beri jawapan.

“Kita akan teliti dan diumumkan apabila tiba masanya nanti,” katanya

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam sebelum memuktamadkan masa sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri.

Ia termasuk cadangan supaya rentas negeri hanya dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri dan majoriti kumpulan rentan, khususnya warga emas telah diberikan vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya ketika ini hanya membentangkan enam petunjuk kepada kerajaan dalam menentukan kaedah terbaik membenarkan perjalanan rentas negeri.

Namun, beliau berkata, belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai masa sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri.

“Kita memaklumkan petunjuk kepada kerajaan supaya ia dapat dipenuhi terlebih dahulu sebelum perjalanan rentas negeri dibenarkan kerana bimbang akan mencetuskan jangkitan baharu.

“Kita juga sedang meneliti pandangan mereka (pakar kesihatan awam).

“Insya-Allah, perkara ini akan dibawa kepada kerajaan bagi menentukan masa sesuai untuk membenarkan rentas negeri,” katanya pada sidang media.

Beliau mengulas cadangan pakar kesihatan awam supaya perjalanan rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini, ditangguhkan.

 

 

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×
Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes