Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar B40 | YTL Foundation dengan kerjasama YES serta FrogAsia telah menyediakan data mudah alih serta bahan pembelajaran secara atas talian dengan percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di seluruh Malaysia. Hal ini demikian adalah bagi menjaga keselamatan anak – anak serta dapat terus menyokong pembelajaran mereka.
Portal Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda serba sedikit mengenai program yang telah disediakan ini.
Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar B40
Pihak YTL bakal memberikan bantuan dengan memberi telefon bimbit secara percuma serta lengkap dengan data sebanyak 120GB (iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) untuk membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah.
Peranan Guru Dalam Menyalurkan Telefon Bimbit Percuma
Sebagai salah seorang pejuang di barisan hadapan serta mewakili para pelajar, khdimat para guru amat diperlukan bagi mengenalpasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk menerima manfaat yang diberikan ini.
Jika guru mendapati mana – mana pelajar yang tidak mempunyai sebarang alat peranti di rumah dari golongan keluarga B40 sehinggakan tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah, sila sertakan nama pelajar tersebut pada borang di pautan https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/

3 Langkah Mudah Bagi Menamakan Pelajar Yang Memerlukan Bantuan
Dibawah ini dikongsikan tiga langkah mudah bagi guru yang ingin menamakan pelajar yang memerlukan bantuan :

Langkah 1# Namakan pelajar yang memerlukan bantuan
- Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih berserta ibubapa pelajar.
Langkah 2# Borang dilengkapkan oleh ibubapa
- Sekiranya sah, ibubapa akan menerima notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
Langkah 3# Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan
- Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran
Untuk pencalonan pelajar yang berkelayakan untuk memohon telefon bimbit percuma dari YTL Foundation, sila klik pautan di bawah:
Pencalonan Pelajar: https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
Baca Juga : Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Telefon bimbit percuma
Macam mana nak apply?
Anak Saya hanya dapat sim kad sahaja.telefon tak dapat sebagaimana yang dinyatakan dalam iklan
Kenapa saya cuma menerima e-mail pendaftaran permohonan?
Sampai sekarang saya tidak mendapat jawapan permohonan itu dilulluskan atau tidak?
Harap pihak Tuan dapat membantu.
Saya pun x begitau pun pemohonan itu Lulu’s atau tidak
Saya pun sama tak dapat apa feeback..
saya hanya mendapat simcard percuma sahaja,telefon tidak dapat
Assalamualaikum. Sya hnya dpt email je. Telefon belum dpt lg gn sim kad.
Salam sejahtera, Saya hanya menerima email pendaftaran sahaja dan belum menerima telefon bimbit serta sim kad lagi.
Anak saya sudah daftar simkad belom dapat dan juga talipon tiade sampai sekarang pun tiade jawapan ape pun dari anda
Sampai sekarang anak saya sendiri belom
Belajar darionline belajar….
Anak saya pun tidak dapat telefon percuma ini.. Saya pun tidak tahu sama ada guru tempat anak saya belajar ini sudah isi borang ini ataupun tidak? Sebab tidak ada info pun dari sekolah.. Tolong macam mana nak dapatkan telefon percuma untuk anak saya.. Nak buat kerja sekolah pun tidak boleh..
Salam .. anak saya juga hanya mndapat simkad saja. Telefon percuma tak dapat pon..jadi macam mana saya nk tau dan nk bertanya sama ada telefon percuma tu dapat atau tidak?