Kini sudah masuk 6 bulan sejak permohonan i-Sinar KWSP dibuka untuk pemohon. Bagi yang tidak pernah mohon, anda masih berkesempatan membuat permohonan i-Sinar KWSP sehingga 30 Jun 2021 nanti.
Bagi pemohon kategori 1 yang telah mendapat bayaran selama 6 bulan, tiada lagi bayaran untuk anda bagi bulan berikutnya kerana jumlah bayaran adalah sesuai dengan jumlah yang anda mohon.
Pemohon kategori 2 dan pemohon i-Sinar tanpa syarat yang buat permohonan pada bulan Februari lalu masih ada bayaran terakhir pada bulan Julai 2021. Bayaran pada Julai merupakan bayaran ke 6 yang akan diterima. Selepas ini, tiada lagi bayaran dibuat kepada pemohon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran i-Sinar bulan Julai 2021 dan cara buat semakan.
TARIKH BAYARAN JULAI 2021
Seperti bayaran sebelum ini, bayaran i-Sinar bulan Julai akan dibuat secara berperingkat mulai minggu pertama bekerja, iaitu dijangka pada:
- Mulai 10 Julai 2021

Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:
- Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya jika dapat bayaran pertama pada 6 Mac, bayaran kedua pun sekitar 6 hari bulan bagi bulan berikutnya. Begitu juga bulan Julai, akan terima pada 6 Julai jika jatuh pada hari bekerja; ATAU
- Maksimum dalam tempoh 2 minggu pertama
- Sebelum akhir bulan berkenaan
PERMOHONAN BAHARU & PINDAAN AMAUN
Ahli KWSP yang masih belum pernah buat permohonan pengeluaran i-Sinar masih berpeluang untuk buat permohonan baharu sehingga 30 Jun 2021.
i-sinar 2.0 mahu di teruskan daripada pihak kwsp/epf.. bermula daripada bulan 07/julai 2021 hingga bulan 12/december 2021 & (6)enam bulan..
betul ke abang