Semakan Permohonan Jururawat Lepasan SPM Melalui Sijil / Diploma Latihan Separa Perubatan 2021
Berita baik kepada pelajar lepasan spm yang berminat untuk jadi jururawat di Malaysia, boleh mohon sekarang program latihan di bawah kkm iniuntuk sesi bulan Julai atau bulan Januari. 2 kali setahun sesi kemasukan.
Setiap tahun ramai yang mohon dan berharap untuk berjaya masuk. Masakan tidak, jika berjaya diterima peluang menjadi penjawat awam dan kakitangan kerajaan di kkm sangat-sangat tinggi samada bekerja di hospital kerajaan ataupun klinik kesihatan kerajaan.
Permohonan Latihan Separa Perubatan
Kepada yang berminat untuk semak cara mohon dengan tekan di link pautan di bawah ini:
LINK PAUTAN
Permohonan latihan separa perubatan lepasan spm / stpm / stam di portal Suruhanjaya perkhidmatan Awam SPA :
https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/latihan-separa-perubatan
Syarat Kelayakan Permohonan Latihan Separa Perubatan
- Syarat kelayakan untuk layak menyertai latihan separa perubatan ini jika anda menyertai sijil pembantu kesihatan, diploma jururawat (nurse), penolong pegawai kesihatan, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai farmasi mesti dapat gred C dan ke atas untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Sains dalam keputusan spm anda.
- Umur anda mesti antara 17 hingga 25 tahun
Senarai Latihan
Ada banyak peluang apabila anda dapat menyertai program ini.
Antara program latihan yang ditawar ialah:
- sijil pembantu kesihatan awam
- pembantu pembedan pergigian
- diploma jururawat (nurse)
- penolong pegawai kesihatan persekitaran
- penolong pegawai perubatan
- penolong pegawai farmasi
- jurupulih fisioterapi
- juru xray (radiografi)
- juruterapi pergigian
- juruteknologi pergigian
Panggilan Temuduga (Interview)
Jika permohonan anda lulus termasuk permohonan jururawat lepasan spm, surat panggilan temuduga (interview) akan anda terima untuk latihan ini.
Keputusan Permohonan di Kolej Kejururawatan KKM
Anda boleh buat semakan keputusan permohonan latihan separa perubatan untuk daftar jururawat lepasan spm di kolej kejururawatan kkm untuk diploma / sijil bagi kemasukan sesi bulan Januari 2022 pada bulan Oktober 2021.
Manakala bagi sesi kemasukan bulan Julai, semakan keputusan boleh dilakukan pada bulan April.
Maklumat lanjut
Jika anda sebarang masalah boleh hubungi talian di bawah ini:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPM
Bahagian Pengambilan Khas
Pusat Pentadbiran Kerajaan persekutuan
60520 Putrajaya
No Telefon : 02-88856000
SUMBER: https://www.spa.gov.my
Semoga urusan anda dipermudahkan!
I am looking for a job
Saya berminat dengan kerja yang ditawarkan , hopefully dapat insyaallah
Saya berminat
Assalamualaikum tuan /puan , saya amat berminat dalam kerja yang ditawarkan ni ,since form 1 till form 5 ,saya cuma impi dapat menjadi seorang jururawat , saya harap ,dapat berkhidmat sebagai seorang jururawat dan menjalankan tugas dengan sebaiknya .
Saya berminat
Hai..saya bekas jururawat…intake pada 2/2000..ingin menyambung semula khidmat sebagai jururawat.
Saya berminat kerjaya Sebagai jururawat . dan ingin medapatakan kerja sebagai jururawa tuan /puan , saya amat berminat dalam kerja yang ditawarkan ni ,since form 1 till form 5 ,saya cuma impi dapat menjadi seorang jururawat , saya harap ,dapat berkhidmat sebagai seorang jururawat dan menjalankan tugas dengan baik
Saya berminat