Lain-Lain » Skim Kesihatan Wanita Selangor

Skim Kesihatan Wanita Selangor

Skim Kesihatan Wanita Selangor | Tahukah anda bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan satu program terbaharu yang mana program tersebut berkaitan dengan penjagaan kesihatan para wanita di negeri Selangor yang diberi nama Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS). Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai Skim Kesihatan Wanita Selangor.

Skim Kesihatan Wanita Selangor

Tujuan program ini diwujudkan adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan berada dalam keadaan yang optimum. Kempen utama di bawah SKWS ini turut menyediakan pemeriksaan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas. Penyediaan khidmat pemeriksaan Mammogram percuma ini adalah untuk mencapai matlamat adalah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ yang disasarkan oleh kerajaan negeri.

Syarat Kelayakan Skim Kesihatan Wanita Selangor

Jika anda ingin membuat permohonan SKWS, anda perlu memenuhi syarat kelayakan seperti dibawah terlebih dahulu :

  • Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas
  • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  • Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor.
  • Bagi yang tidak lahir di Selangor, mereka perlu sekurang-kurangnya bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun.
  • Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja
    • Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:
      i) Ahli Parlimen Selangor
      ii) ADUN Selangor
      iii) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
      iv) Penghulu/Ketua Kampung
      v) Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
      vi) Ketua Komuniti/Nazir Masjid
  • Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu.
  • Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalankan apabila peserta mendapatkan nasihat oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja.

Langkah-Langkah Membuat Permohonan

Setelah selesai menyemak syarat – syarat kelayakan, pemohon boleh mengikuti langkah dibawah untuk membuat permohonan :

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian di Laman Web Rasmi YAWAS iaitu http://skw.yawas.my/.
  • Klik pada bahagian ‘permohonan online’ dan masukkan maklumat yang dikehendaki.
  • Pemohon perlu menghantar dokumen kepada Pejabat Yawas.
  • Pemohon kemudiannya boleh menyemak status permohonan di Laman Web Rasmi SKWS.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai SKWS, anda boleh hadirkan diri ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang beralamat di:

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Pemohon juga boleh menghubungi pihak YAWAS di talian 03 5481 8839/03 5481 8835 atau menghantar emel ke alamat: [email protected].

YAWAS juga menyediakan pelbagai insentif lain seperti:

  • Tabung Warisan Anak Selangor
  • Insentif Perkahwinan Belia
  • Skim Mesra Usia Emas
  • Skim Asuh Pintar
  • Skim Bantuan Tadika Selangor, dan banyak lagi.

Semoga dengan adanya Skim Kesihatan Wanita Selangor ini, dapatlah para wanita berumur atas 50 tahun menjaga kesihatan mereka.

Leave a Comment

×