KerjaKosong.Co » Lain-Lain » Kesilapan Dalam Resume

Kesilapan Dalam Resume

Kesilapan Dalam Resume | Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Namun ada beberapa situasi yang mana kita sebolehnya perlu elakkan daripada membuat kesilapan dan salah satunya adalah melakukan beberapa kesilapan kecil dalam resume anda. Hal ini demikian kerana dengan hanya kesilapan kecil yang anda lakukan membolekan majikan anda tidak mahu meneruskan membaca resume anda. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda beberapa kesilapan yang anda perlu elakkan apabila membuat resume.

Kesilapan Kecil Dalam Resume Yang Sering Dilakukan!

1. Ayat atau Resume Yang Panjang

Anda perlu menghadkan resume anda kepada 1 atau 2 muka sahaja. Resume anda perlulah tepat, padat dan ringkas kerana majikan tidak akan membaca resume anda satu bersatu tetapi hanya mengimbas resume anda berdasarkan kata kunci yang sepadan dengan jawatan yang telah ditawarkan. Anda perlu mengelakkan daripada menggunakan ayat yang panjang berjela.

2. Resume Yang Tidak Sesuai

Jangan sesekali menghantar resume yang tidak sesuai dengan jawatan yang anda mohon. Jika tidak, anda kemungkinan akan dimasukkan ke senarai pengalaman yang tidak sesuai dan tidak relevan dengan jawatan yang ditawarkan. Anda perlu spesifikkan resume anda mengikut jawatan yang anda mohon.

3. Tidak Fokus Pada Kelebihan Diri

Bagi memenuhkan ruang pada resume, anda perlu menyenaraikan seberapa banyak pengalaman yang tidak relevan dan tidak fokus pada manfaat dan kelebihan diri anda. Majikan mahu anda memberi tawaran yang paling terbaik untuk membantu syarikat sekiranya anda diterima masuk bekerja di syarikat baru. Oleh itu, tonjolkan kelebihan diri anda supaya majikan merasakan andalah calon paling sesuai untuk bekerja di syarikatnya.

4. Banyak Salah Ejaan, Tatabahasa & Format

Sebelum anda menghantar resume, anda perlulah membuat proofreading atau menyemak semula resume tersebut. Oleh demikian, secara tidak langsung anda tidak tahu bahawa terdapat kesalahan ejaan pada resume anda. Ini menyebabkan point yang ingin disampaikan pada majikan tidak sampai dan tidak difahami oleh majikan. Silap-silap resume anda dimasukkan ke dalam bakul sampah kerana kesalahan ini sahaja.

5. Objektif Yang Tidak Tepat

Resume merupakan ringkasan mengenai diri calon dimana ia bagi memastikan majikan akan membaca resume anda sekali imbas dan kurang daripada 5 minit sahaja. Jika didapati objektif yang anda letakkan tidak menepati kriteria jawatan yang dimohon, permohonan anda akan ditolak begitu sahaja.

Hal ini demikian kerana, majikan akan merasakan anda seorang yang tidak fokus, tidak bersungguh untuk bekerja di syarikat tersebut.

Sebagai kesimpulannya, anda perlulah mengelakkan daripada melakukan kesilapan – kesilapan kecil semasa anda menghantar resume bagi permohonan pekerjaan. Walaupun kesalahan kecil, ini akan memberi kesan yang besar kepada permohonan anda.

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×