SJKP 2020 | Skim Jaminan Kredit Perumahan Mohon Sini

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

SJKP Skim Jaminan Kredit Perumahan | Melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan atau Pembiayaan Perumahan i SJKP , walaupun gaji bersih anda RM1000, anda mampu untuk membeli rumah sendiri!

Lebih menarik lagi, bagi pemohon yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, operator kilang, peniaga kecil, petani, pekerja am dan pemandu teksi juga berpeluang untuk membeli rumah pertama yang berharga RM300,000 dan ke bawah melalui SJKP.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda selanjutnya mengenai SJKP.

MENGENAI SJKP

sjpk 2020 img

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang diwujudkan pada 6 Disember 2007.

Penubuhan ini bertujuan untuk mengatasi masalah kesukaran bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi mendapatkan kemudahan kewangan untuk membeli rumah kediaman mereka.

Skim ini terbuka kepada semua Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.  Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun.

SYARAT KELAYAKAN SJKP

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

PROSES PERMOHONAN


Dibawah ini merupakan proses permohonan / pendaftaran bagi skim perumahan SJKP :-

1. Mengenal pasti rumah yang anda ingin beli serta mendapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempat.

2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan dari individu yang dibenarkan seperti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu, Pegawai Kerjaan Kategori A atau mana – mana wakil yang terpilih.

3. Surat tersebut haruslah terdapat :

  • Nama,
  • Nombor kad pengenalan,
  • Sumber pendapatan,
  • Tempat perniaagaan serta tempoh perniagaan
  • dan juga Purata pendapatan bulanan.
Jika suami dan isteri mempunyai pendapatan yang bersaingan, anda perlu dapatkan dua surat yang berasingan. Jika anda kakitangan bergaji, anda hanya perlu membawa penyata gaji dan EPF.

4. Menyediakan dokumen sokong sumber pendapatan seperti Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau geran tanah (jika aktiviti pertanian), penyata akaun simpanan atau dokumen sokongan yang lain lain.

5. Anda perlu membawa semua dokumen yang dinyatakan di atas dan anda perlu mohon pembiayaan perumahan di mana – mana cawangan institusi kewangan yang terdekat dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Antara institusi kewangan yang terlibat ialah:

  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • SJKP Bank Islam
  • SJKP BSN
  • SJKP Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • SJKP Bank Muamalat

SJKP ini hanyalah sah bagi pembelian rumah kos rendah dan sederhana samada yang sedang dibina atau sudah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan. SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi kami di talian 03-2096 5000 atau “klik di sini“.

Terbaru, Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.

9 Comments

  1. Matsarudin Abdul Karim
  2. Mohd ziekri bin Kamaruzaman
  3. Nor narizan
  4. Nurul Nabila Jamaludin
    • Daniel Ivong
  5. Maszuandi mastan
  6. Sulaha binti abdul karim
  7. Mohd razimee bin zainal
  8. Zai Tiela

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!