PAJSK

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

PAJSK | Tahukah anda bahawa markah Kokurikulum merupakan penilaian yang penting bagi seorang pelajar? Walaupun anda mendapat keputusan yang tinggi di dalam peperiksaan, ia tidak menjamin tempat untuk anda mendapatkan tempat bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui permohonan melalui UPU. Oleh itu, pelajar perlu aktif dalam aktiviti kokurikulum dan tidak hanya cemerlang dalam keputusan akademik.

Kegiatan kokurikulum sekolah adalah aktiviti luar bilik darjah dimana merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan serta Sukan/Permainan. Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Oleh itu pelajar perlu ingat akan kepentingan aktiviti Kokurikulum. Hal ini demikian kerana, aktiviti Kokurikulum sama penting dengan aktiviti didalam kelas kerana ia berperanan sebagai pelengkap serta penyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda langkah – langkah membuat semakan markah Kokurikulum pelajar secara atas talian (online)

PAJSK img

Sistem eMKOKO

eMKOKO merupakan sistem aplikasi yang mengumpul markah Kokurikulum sebanyak 10% secara online yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dimana sistem sistematik ini yang diwujudkan khas bagi para guru untuk merekodkan penilaian markah kokurikulum bagi pelajar lepasan PT3, SPM, STAM dan STPM

Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Secara Online

  • Anda boleh melayari Sistem eMKOKO KPM
  • Masukkan No Kad Pengenalan Murid dan tekan Butang SEMAK
  • Anda boleh berhubung dengan guru kokurikulum di sekolah anda jika anda mempunyai kemusykilan berkenaan markah yang anda perolehi.

Skema Pemarkahan Kokurikulum

  • Tiada gred pemarkahan seperti peperiksaan
  • Bagi kokurikulum hanya terdapat markah 0 hingga 10 dimana minimun adalah 1 dan maksimum adalah 10

Pengisian Markah Oleh GURU Di PAJSK

PAJSK adalah sistem bagi guru bagi mengisi maklumat markah pentaksiran kokurikulum, jsmani dan sukan pelajar yang diwujudkan  oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terdapat 4 menu utama di dalam sistem PAJSK iaitu Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri,Pejabat Pendidikan Daerah dan Guru Penolong kanan Kokurikulum. Jika anda seorang guru yang ingin mengisi maklumat kokurikulum pelajar anda pilih menu keempat iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

  • Guru boleh merujuk Pengisian Markah PAJSK Secara Online Pentaksiran markah Aktiviti Jasmani Sukan di PAJSK untuk keterangan yang lebih lanjut
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!