Isu Semasa » SOP PENUH – Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Perlu Anda Tahu

SOP PENUH – Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Perlu Anda Tahu

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai prosedur operasi Standard (SOP) Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka disambut pada 13 Mei ini.

Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Perlu Anda Tahu

Hasil daripada penelitian berkenaan kerajaan akhirnya mengeluarkan SOP Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini:

Perincian SOP itu adalah seperti berikut:

1. Takbir Raya

• Takbir Hari Raya di masjid atau surau hanya DIBENARKAN untuk ahli jawatankuasa masjid atau surau sahaja.

• Aktiviti takbir raya dari rumah ke rumah adalah TIDAK DIBENARKAN.

2. Solat sunat hari raya

• Solat Sunat Hari Raya di masjid dan surau adalah DIBENARKAN tetapi mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

• Jemaah yang dibolehkan untuk menyertai solat sunat adalah mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

• Kebenaran ini tertakluk kepada laporan sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE). TIDAK DIBENARKAN bagi kawasan yang berisiko.

3. Ziarah hari raya

•  Hanya DIBENARKAN pada 1 SYAWAL sahaja dan TIDAK BOLEH MERENTAS DAERAH / NEGERI.

• Kehadiran tetamu adalah TIDAK MELEBIHI 15 ORANG pada satu-satu masa mengikut kapasiti yang bersesuaian saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

• Tuan rumah adalah digalakkan untuk sediakan kod QR MySejahtera, alat pengimbas suhu badan untuk pendaftaran atau menyediakan buku pendaftaran kehadiran.

takbir raya sop

Baca Juga : Cara Buat QR Code MySejahtera

4. Ziarah kubur

• TIDAK DIBENARKAN

5. Rumah Terbuka/ Jamuan

• TIDAK DIBENARKAN

sop jamuan raya

Untuk info yang penuh, sila rujuk infografik di bawah :

sop raya penuh 1

sop raya penuh 2

Selamat hari raya. Semoga info ini berguna untuk anda & sila share artikel ini kepada sanak-saudara anda yang lain.

Sumber : MKN

Leave a Comment

×