Isu Semasa » Rayuan BPR – Cara Permohonan

Rayuan BPR – Cara Permohonan

Rayuan BPR Fasa Kedua. Ramai yang dah dapat Bantuan Prihatin Rakyat bagi fasa 2 pada 7 Mei yang lalu. Tetapi ada juga segelintir yang tidak lulus & gagal kredit disebabkan beberapa faktor.

KerjaKosong.Co akan kongsikan kepada anda semua info berkaitan dengan rayuan BPR & cara permohonan.

rayuan bpr cara permohonan

Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus/ Gagal?

Menurut LHDN Malaysia, syarat kelayakan untuk bantuan ini adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan yang dilaksanakan setelah tarikh akhir pendaftaran BPR 2021. Berikut adalah antara sebab kenapa anda tidak gagal :

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon ada berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon /pasangan merupakan penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Rayuan BPR Fasa 2

Bagi mereka yang gagal dalam permohonan BPR fasa 1 & fasa 2 ini, anda tidak perlu risau kerana kerajaan mengambil berat & akan mempertimbangkan semula permasalahan anda.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia:

rayuan bpr fasa 2

Seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tempoh permohonan rayuan bermula pada 15 hingga 30 Jun 2021.

Cara Permohonan Rayuan BPR

rayuan bpr fasa kedua 2021

Bagi membuat rayuan BPR Fasa Kedua ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya perlu kemukakan borang rayuan & sertakan sekali dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.

Proses rayuan ini akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia tidak lama lagi. Sila cakna dengan tarikh tersebut dan jangan terlepas dengan tarikh yang ditetapkan.

 

Leave a Comment

×