Permohonan & Semakan Rumah Selangorku Status Online


Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

Permohonan & Semakan Rumah Selangorku Status Online

Terkini, anda kini boleh memiliki Rumah Selangorku pada harga mampu milik bermula RM42,000 sahaja.

Menerusi media akhbar sinar harian laporan 23 Oktober, harga Rumah Selangorku dikurangkan sebanyak RM20,000.

Pendaftaran dan permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi http://lphs.selangor.gov.my/

Pengurangan harga ini dibuat selaras dengan pengurangan keluasan daripada 1000kps kepada 900kps.

Untuk makluman, harga Rumah Selangorku tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Keluasan rumah adalah diantara 700 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pendaftaran / permohonan Rumah Selangorku, pemohon harus memenuhi beberapa syarat seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
  • Rumah selangorku  diberikan untuk didiami dan bukan untuk disewa kepada orang lain.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas waktu tersebut, data pemohon yang masih berstatus SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku

 

DOKUMEN DIPERLUKAN


Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama beberapa dokumen penting seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  • Penyata KWSP (jika ada); dan
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

 

SEMAKAN STATUS RUMAH SELANGORKU

senarai projek rumah selangorku min

Pemohon yang masih belum melengkapkan permohonan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku akan diletakkan di bawah kategori ‘(draf)’.

Sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 14 hari, maka pendaftaran ini akan terpadam dan permohonan baru perlu diisi semula semula.

Bagi pemohon dalam status senarai ‘MENUNGGU’ bermaksud pemohon dalam proses untuk ditawarkan rumah namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon.

Selepas tempoh 2 tahun masih tiada keputusan tawaran maka pendaftaran permohonan baru perlu dibuat semula.

Walaubagaimanapun, pemohon boleh menukar lokasi (mukim) permohonan sekiranya merasakan permohonan tersebut telah lama atau tidak berminat lagi.

Pemohon yang layak ditawarkan Rumah Selangorku, pihak pemaju berkenaan akan menghubungi pemohon melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon dengan menghendaki pemohon mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bertujuan  untuk semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran diberikan oleh LPHS.

Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

Penting! Pemohon yang menolak tawaran Rumah Selangorku akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam dalam sistem selama tempoh 2 tahun

Untuk melihat senarai projek Rumah Selangorku, sila layari http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=project_list

Untuk catatan, sehingga September tahun ini, sebanyak 204 projek pembangunan rumah mampu milik membabitkan 104,460 unit kediaman diberikan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Daripada jumlah itu, sebanyak 6,303 unit siap dibina dan diserahkan kunci, manakala 22,336 unit kini dalam pembinaan dan dijangka boleh diduduki secara berperingkat bermula 2018 sehingga 2022.

 

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

 

Jawantan Lain:

  1. Permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) 2019
  2. Panduan Lengkap Cara Isi LHDN eFiling Cukai Pendapatan 2019 / 2020
  3. Permohonan TUBE Mega 2019: modal perniagaan RM15,000 ditawarkan

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.