Permohonan TUBE Mega 2019: modal perniagaan RM15,000 ditawarkan

Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Permohonan TUBE Mega 2019 menawarkan RM15,000 sebagai modal perniagaan didalam program ini.

Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE ) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia dan baru untuk menceburi bidang perniagaan. Sebanyak RM155 juta ditawarkan bagi menjayakan program ini pada tahun 2018.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting program ini:

Permohonan dalam Talian : 03 April 2019 – 22 April 2019
Saringan Permohonan: Mei – Jun 2019
Sesi Temuduga: Jun – Julai 2019
Tempoh Latihan di Kem (Fasa 1 & 2): Ogos – September 2019
Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3): Januari 2020 – Disember 2020

TUBE mula dilaksanakan pada tahun 2014 dan telah disertai seramai 1,436 belia, yang mana 1,424 (99%) daripadanya telah mendaftarkan perniagaan dengan SSM dan menjalankan perniagaan.

TUBE dijalankan di 10 kem PLKN di seluruh negara.

Sehingga kini, sejumlah RM36.2 juta nilai jualan dicatatkan dengan 3,257 peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan.

Antara objektif program ini ialah:

  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia dalam kalangan generasi baru
  • Anjakan paradigma belia dari pekerja kepada pemilik perniagaan dan
  • Membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan.

 

Terdapat 3 fasa perlaksanaan TUBE Mega 2019 iaitu:

  • Ketahanan Jati Diri Berkonsepkan Ketenteraan
  • Pendedahan terhadap Ilmu Keusahawanan
  • Pelaksanaan Pelan Perniagaan dan Sistem Buddy

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN :

Belia warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera dan berminat dalam bidang perniagaan.

Kepada pemegang sijil kemahiran dari institusi kemahiran tempatan (dari semua sektor) akan mendapat keutamaan dimana mereka telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu.

Peserta perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 – 30 tahun pada tarikh tutup permohonan dalam talian;
  • Pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi atau pusat kemahiran tempatan akan diutamakan.
  • Belum memulakan perniagaan, namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengusahakan perniagaan. Sekiranya telah menjalankan perniagaan, ia mestilah kurang 12 bulan berdaftar dengan SSM pada tarikh tutup permohonan dalam talian;
  • Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak
  • Pemohon tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah, tidak pernah diisytiharkan muflis dan tidak disenarai hitam oleh PTPTN
  • Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.
  • Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan
  • Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
  • Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya.

 

Peserta yang layak akan menerima bantuan adalah seperti berikut:

  1. Bimbingan dan pemantauan perniagaan melalui Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan selama 12 bulan. Selepas tamat sesi bimbingan selama 12 bulan, diharapkan syarikat telah mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan boleh mengendalikan perniagaan secara lebih efektif dan cekap.
  2. Geran Memulakan Perniagaan berjumlah RM15,000.00 akan dipertimbangkan dan,
  3. Setelah syarikat beroperasi melebihi enam (6) bulan, bimbingan lanjut untuk mengembangkan perniagaan turut ditawarkan kepada syarikat milik usahawan muda Program TUBE. Program ini dijalankan juga bertujuan untuk selain dari Kaunselor Perniagaan yang terdiri daripada pegawai SME Corp Malaysia, khidmat pakar SEAP boleh digunakan untuk membimbing serta memberi khidmat nasihat yang lebih teknikal dan mendalam termasuklah dari aspek sistem pengeluaran, kewangan, pengurusan dan penghasilan produk dan perkhidmatan berkualiti, pemasaran dan penjenamaan. Usaha ini dibuat agar syarikat milik usahawan muda ini menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing; dan
  4. Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank dan Agro Bank untuk memperkembangkan perniagaan yang dijalankan oleh mereka.

 

Bagi graduan yang telah mendaftarkan perniagaan dengan SSM semasa dalam pengajian dan berminat untuk memohon, beliau masih lagi boleh mohon untuk mengikuti Program TUBE dengan syarat belia telah tamat pengajian. Tarikh tamat pengajian rasmi beliau hendaklah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan TUBE ini bagi membolehkan permohonan beliau layak dipertimbangkan.

Bagi yang berminat, permohonan TUBE Mega 2019 boleh dibuat melalui pautan portal rasmi permohonan TUBE Mega online ini.

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Jawatan Lain :

1. Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran Gred H19
2. Jawatan Kosong Pembantu Akauntan W19 Di Majlis Daerah Pengkalan Hulu
3. Jawatan Kosong Pembantu Awam H11 Di Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini

Share Di Salah Satu Medium Di Bawah