KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Respon dari KWSP dikatakan telah mengumumkan i-Sinar fasa 2.0?

Respon dari KWSP dikatakan telah mengumumkan i-Sinar fasa 2.0?


Respon dari KWSP dikatakan telah mengumumkan i-Sinar fasa 2.0?

Ketika rakyat sedang berada dalam krisis, kita dapat melihat ramai rakyat berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan. Malangnya, ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain dengan menyebarkan berita palsu dalam aplikasi seperti WhatsApp atau mana-mana media sosial.

Keadaan ini telah ditegur oleh KWSP dalam media sosial rasmi mereka, kerana ada yang mengatakan bahawa i-Sinar fasa 2.0 akan diperkenalkan oleh kerajaan, padahal benda ini sebenarnya tidak berlaku sama sekali. Berikut merupakan mesej yang sedang tersebat dalam ruangan WhatsApp dan media sosial yang lain;

Untuk pengetahuan korang, mesej-mesej seperti ini adalah mesej palsu dan sedang tersebar dengan hangat melalui aplikasi pesanan ringkas berkenaan permohonan i-Sinar 2.0 yang dikatakan bakal bermula pada 15 Jun 2021. Untuk makluman, permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih dibuka kepada Ahli sehingga 30 Jun 2021.

Dapatkan informasi sahih dan terkini mengenai i-Sinar melalui i-Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP. Jangan kongsikan maklumat yang tidak sahih.

Kita harap kerajaan dengan segera akan mengumumkan pelbagai bentuk bantuan baharu berkaitan i-Sinar atau i-Lestari memandangkan cukup banyak rakyat yang sedang berada dalam kesusahan. Jika dibiarkan, rakyat akan terus berada dalam keperitan hidup.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×