
CARA MOHON MORATORIUM AUTOMATIK DI BANK DALAM TEMPOH PKP PENUH / PKP 3.0
YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockdown’ melibatkan Fasa Pertama di seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Susulan itu kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.
B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi diberikan pilihan untuk mendapatkan moratorium automatik selama 3 bulan atau ansuran 50% selama tempoh 6 bulan.
Di sini dikongsikan info terkini dari Bank Negara tentang moratorium automatik PKP 3.0 dan cara membuat permohonan di institusi perbankan masing-masing.

3 Kategori Kelayakan Moratorium Automatik PKP 3.0
KATEGORI 1 : Kehilangan pekerjaan (B40, M40, dan T20)
Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:
• i) Moratorium selama tiga bulan; ATAU
• ii) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
KATEGORI 2 : B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:
• i) Moratorium selama tiga bulan; ATAU
• ii) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
KATEGORI 3 : Pengurangan pendapatan (semua peminjam) – Termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah
Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:
Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang
Berikut adalah info dari Bank Negara Malaysia dalam sebuah status Facebook terkini:




Cara Permohonan Moratorium Automatik & Pengurangan Bayaran Balik Ansuran
Mereka yang berkenaan boleh menghubungi bank masing-masing untuk mengetahui proses selanjutnya.
Di sini kami kongsikan link permohonan bagi setiap bank di Malaysia yang telah mengemaskini borang permohonan moratorium secara online:
1. Moratorium Maybank : Financial Relief Scheme Maybank (Updated 1 June 2021)
2. Moratorium Bank Rakyat : Sedang dikemaskini – https://www.bankrakyat.com.my/
3. Moratorium Bank Islam : e-Borang vao Penyelesaian Kewangan Bank Islam PKP 3.0
4. Moratorium CIMB : Sedang dikemaskini – https://www.cimb.com.my/
5. Moratorium BSN: Bantuan Bayaran Bersasar BSN PKP 3.0
6. Moratorium Public Bank : Sedang dikemaskini – https://www.pbebank.com/
7. Moratorium Ambank : Sedang dikemaskini – https://www.ambank.com.my
8. Moratorium RHB : Sedang dikemaskini – https://www.rhbgroup.com/
Bantuan khusus lain yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan kewangan individu terus tersedia.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat penuh, sila rujuk Bank Negara Malaysia di https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ atau hubungi bank anda untuk butiran lanjut.