Isu Semasa » Persekolahan Secara PdPR akan Dilaksanakan Selepas Cuti Aidilfitri

Persekolahan Secara PdPR akan Dilaksanakan Selepas Cuti Aidilfitri

Persekolahan Secara PdPR akan Dilaksanakan Selepas Cuti Aidilfitri

Perkara ini telah diumumkan sebentar tadi oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin melalui perkongsian di akaun rasmi Facebook beliau. Beliau mengatakan bahawa murid akan mula bercuti pada 7 Mei 2021 bagi Kumpulan A manakala 8 Mei 2021 bagi Kumpulan B.

Di samping itu, beliau juga berkata sesi persekolahan secara bersemuka akan dijalankan semula selepas cuti penggal persekolahan iaitu pada 12 atau 13 Jun 2021 berdasarkan jadual kumpulan sekolah yang ditetapkan.

Persekolahan Secara PdPR akan Dilaksanakan Selepas Cuti Aidilfitri

Melalui perkongsian beliau di Facebook, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat ketetapan berkaitan cuti peristiwa bagi setiap sekolah di seluruh negara mengikut kumpulan. Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala bagi Kumpulan B pula akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 10 Mei 2021.

Berikut adalah perkongsian beliau di Facebook dan juga jadual sesi persekolahan PdPR yang akan dijalankan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang telah diumumkan pada hari ini.

Selain itu, KPM juga telah menetapkan bahawa sekolah di dalam Kumpulan A akan mula bercuti pada 7 Mei sehingga 15 Mei 2021, manakala bagi sekolah di dalam Kumpulan B akan bercuti mulai 8 Mei sehingga 16 Mei 2021.

KPM juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Pihak KPM telah melakukan pelbagai cara dan langkah yang terbaik dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 yang melibatkan sektor pendidikan.

Seperti kita tahu setakat 21 April 2021, terdapat 83 kluster jangkitan Covid-19 telah melibatkan sektor pendidikan sejak awal tahun ini. Penutupan sekolah telah dilakukan di beberapa buah negeri kawasan zon merah bagi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga sekolah iaitu guru, pelajar dan staf sekolah dapat dicegah.

Sebelum ini, kami ada kongsikan artikel berkaitan PIBGN mencadangkan sesi persekolahan ditutup bagi mengekang penularan Covid-19 pada gelombang ke-4 ini. Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) telah mencadangkan supaya sesi persekolahan perlu ditutup sementara waktu di seluruh negara berikutan dengan penularan Covid-19 yang semakin meningkat di dalam sektor pendidikan. Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan merangkap Pengerusi PIBGN berkata cadangan itu merupakan jalan penyelesaian terbaik pada ketika ini untuk mengawal penularan wabak Covid-19 di sekolah demi keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah dan anak-anak.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda, diharapkan ibu bapa, murid-murid dan guru sabar dengan keputusan yang telah dibuat.

Leave a Comment

×