Cara Memohon » Harga Denda MyKad Hilang & Semakan Rayuan Kad Pengenalan

Harga Denda MyKad Hilang & Semakan Rayuan Kad Pengenalan

Harga Denda MyKad Hilang & Semakan Rayuan Kad Pengenalan

Semakan rayuan kad pengenalan atau mykad, jangan sampai sesekali ic hilang tidak kira hilang kali pertama kedua ataupun ke 3, ini butiran denda.

Kad pengenalan adalah sistem maklumat diri dan keselamatan bagi setiap rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pendaftaran Negara JPN telah mengeluarkan arahan yang keras dengan mengambil tindakan denda mana-mana yang hilang kad pengenalan.

Untuk makluman semua, selain mykad Jabatan Pendaftaran Negara JPN turut mengeluarkan MYkid (untuk warganegara malaysia kategori kanak-kanak), Mypr (untuk permastautin tetap) dan juga Mykas (untuk permastautin sementara)

Semakan Kad Pengenalan Online

Kepada anda yang mohon IC atau mykad boleh semak status secara online dan juga secara sms.

  1. Semakan secara online http://jpn.gov.my
  2. Anda juga boleh terus taip kod yang telah ditetapkan untuk semak secara sms terus melalui telefon pintar anda.
  • (i) MYKAD
    TAIP : JPNMYKAD800823056078 dan hantarkan sms ini ke nombor 15888
  • (ii) MYKID
    TAIP : JPNMYKID900823056078 dan hantar sms ini die nombor 15888

Harga Denda IC Hilang 2021

Di bawah ini tertera jadual dan caj harga untuk anda yang mahu ganti baru samada caj untuk warganegara ataupun bukan warganegara Malaysia

  1. Apabila mykad sudah hilang, anda perlu ganti secepat mungkin dengan mendapatkan kad pengenalan gantian mykad yang baru.
  2. Ada 2 pilihan untuk anda membuat permohonan gantian hilang kad pengenalan, sama anda boleh terus pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat termasuk di cawangan jpn utc ataupun boleh juga boleh secara online terus di portal rasmi JPN.
  3. Sila anda bawa bersama laporan polis atau report polis untuk kehilangan kad yang cukup penting ini.
  4. Jangan lupa bawa bersama dokumen sokongan bergantung kepada masalah masing-masing samada hilang sebab kena rompak, kecuaian.
  5. Hendaklah anda semak berapa kali hilang ic mudah untuk bayar denda

Bagaimana Cara Ganti IC Hilang Secara Online

Berita baik, sekarang anda sudah boleh ganti kad pengenalan yang baru dengan hantar permohonan secara online sahaja.

Semua permohonan boleh dilakukan melalui sistem online seperti pada pautan bawah ini dengan syarat anda nak ganti yang baru disebabkan kad pengenalan rosak secara fizikal atau masalah cip tak dapat detect atau hilang kali pertama!

Sistem Jabatan Pendaftaran Negara untuk ganti kad pengenalan secara online https://gantianmykad.jpn.gov.my/ 

Sumber: www.jpn.gov.my

Rayuan Denda IC Hilang

Tiada peluang diberikan untuk anda boleh buat rayuan ic hilang.

Ini kerana, biasanya anda buat dapat promosi harga antara 50 peratus hingga 75 peratus di Hari pendaftaran Negara sekitar bulan Oktober. Nantikan!

Cara Ganti IC / Mykad Rosak

Ada cara baru untuk ganti cip ic . mykad anda yang telah rosak melalui telefon sahaja. Syarat mudahnya adalah:

  1. Anda mesti warganegara Malaysia
  2. Caj bayaran dibayar semasa mengambil gantian kad di cawangan JPN
  3. Hanya kad pengenalan yang rosak sahaja dibenarkan tanpa mengubah alamat rumah / kediaman atau gambar
  4. Kad pengenalan mesti diambil oleh pemilik iaitu anda sendiri

Kadar Harga dan Bayaran RM10 sahaja

Maklumat lanjut

Boleh hubungi nombor hotline ini 03-8880 8066

P/S : Semoga denda berat yang dikenakan ini membuat semua rakyat malaysia termasuk kita semua lebih berjaga-jaga dan bertanggungjawab bagi menjaga kad pengenalan masing-masing daripada masalah mykad / ic hilang ini

Leave a Comment

×