Permohonan Bantuan Bekalan Makanan | Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman khas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April kerana kes positif bagi Covid 19 semakin bertambah.
Beliau juga telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional yang akan diagihkan kepada setiap lapisan masyarakat yang terkesan dengan wabak ini.
Untuk makluman anda, Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana bagi membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Program ini mengalu-alukan orang ramai yang memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit untuk mohon bantuan ini segera.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda cara cara memohon bantuan bekalan makanan ini sebagai rujukan anda.
Permohonan Bantuan Bekalan Makanan B40 Di Buka

Zero Hunger adalah satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang mana membawa misi untuk menyediakan makanan kepada keluarga yang tidak bekemampuan dan memerlukan. Bantuan ini menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.
Nasi bungkus juga turut diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai makanan langsung. Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran untuk memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.
Jika anda ingin memohon Bantuan Bekalan Makanan B40, anda perlu memenuhi syarat – syarat dibawah.
Syarat-Syarat Untuk Mohon
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- 1) Pendapatan Isi Rumah – Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi
- 2) Tanggungan Isi Rumah – Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi
- 3) Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji – Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19
- 4) Hilang Punca Pendapatan Keluarga – Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan
- 5) Peniaga Pasar Malam – Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan
- 6) Ibu Tunggal – Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.
[/su_list]
Borang Permohonan Bantuan Makanan B40
Jika anda ingin memohon bantuan makanan ini, anda boleh mengisi borang permohonan pada pautan dibawah :
Penganjur Bersama

Projek ini telah dianjurkan oleh beberapa syarikat ternama bumiputera di Malaysia. Antara yang terlibat adalah Malakat Mall & BrainyBunch.
Malakat Mall adalah sebuah pasaraya beli belah yang mengumpulkan 100% usahawan Muslim untuk berniaga di bawah satu tempat.
Pengasas Brainy Bunch iaitu Coach MOHD FADZIL HASHIM merupakan pengasas kepada syarikat berikut.
Kami perlu bantuan makanan di jeram kuala selangor sy dan suami kerja buruh
Saya ingin meminta bantuan makanan dan sy seorang ibu tunggal menanggung 3orang ank..dn amat memerlukan bantuan disini..
Bantuan makanan ke kampung orang asli bukit cheeding banting Selangor.
Saya ingin mminta bantuan makanan sekarang bapak saya di cutikan tampa gaji dn mak sy pulak sakit.
Kami perlukan bantuan perniaga gaji harian x dak gaji
Saya sekeluarga perlukan bantuan..suami cuti tanpa gaji..harap2 dpt la bantuan ni..
Assalamualaikum..saya jgak mermelukan keperluan makanan serta saya ade ank kecil 2tahun yg memerlukan pmper n susu.. Suami sya bekerja sbgai buruh..
Saya ingin meminta bantuan makanan barang dapur.saya ada empat orang anak.laki saya bekerja sebagai buruh cuti tampa gaji.
TK bekerja..
Yes